Tahniah, bukan sebab sudah mahu dapat anak, tapi tahniah Zarina Anjoulie kerana tidak lama lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka pilihan yang OHBULAN! sendiri belum tahu siapakah identiti lelaki yang telah mencuri hati selebriti yang memang dikenali dengan kelantangannya bersuara.
Namun begitu, apa yang lebih menarik, jika orang lain mungkin sudah pening kepala memikirkan macam-macam perkara untuk majlis bersejarah mereka, Zarina Anjoulie pula sudah tidak sabar mahu menimang anak. Dalam kenyataan terbarunya di Twitter, dia telah menulis bahawa dia sudah tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri.
Baguslah kalau begitu, OHBULAN! turut tumpang gembira dengan kenyataan Zarina ini. Apa pun, semoga apa yang diimpikan oleh Zarina akan menjadi kenyataan ya!
@ohbulan.com


No comments:
Post a Comment