Fouziah Ghous dipercayai telah menulis satu kenyataan berbaur ugutan bunuh sebagai respon kepada seorang wartawan yang menyiarkan artikel bertajuk Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri di laman Twitternya sebentar tadi.
Kenyataannya yang berbunyi, “I nak bunuh penulis ni plz help me….jom ramai2 sbb die sy pening”, telah menimbulkan polemik dikalangan peminatnya sama ada itu adalah satu ugutan sebenar atau hanya sekadar gurauan.
Bagaimanapun, OHBULAN! mendapati kenyataan tersebut adalah satu gurauan Fouziah Gous yang ditujukan kepada wartawan tersebut. Isunya, adakah Fouziah Gous tidak menimbang cara sama ada kenyataan sebegitu boleh disalahtafsir oleh peminatnya yang berjumlah hampir 130 000?
OHBULAN! harap kesilapan sebegini tidak diulangi oleh mana-mana selebriti tempatan kerana ia boleh menjurus kepada tindakan yang lebih serius.
Memetik kenyataannya sebelum ini terhadap wartawan tersebut, Fouziah telah mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.
@ohbulan.com


No comments:
Post a Comment