Wednesday, April 4, 2012

Valencia, Young ledak jaringan memukau



ASHLEY YOUNG (kanan) bijak menewaskan dua pemain pertahanan Blackburn untuk menjaringkan gol kedua Manchester United semalam. Pendahulu Liga Perdana England itu menang 2-0.


LONDON - Manchester United terus mengungguli puncak Liga Perdana England apabila dua jaringan menerusi Antonio Valencia dan Ashley Young menewaskan Blackburn Rovers awal pagi semalam.
Berbaki tujuh perlawanan, United kini selesa mengatasi musuh ketat, Manchester City yang seri 3-3 ketika menentang Sunderland pada Sabtu lalu, dengan kelebihan lima mata di depan.
Pemain sayap Ecuador, Valencia membuka jaringan pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Young meledakkan gol kedua United, sekali gus memastikan The Red Devils meraih tiga mata berharga.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata: "Satu perlawanan yang cukup mengagumkan. Kami melakukan asakan demi asakan dan akhirnya kami berjaya mendapatkan kemenangan.
"Kami mahu memberikan mereka (Blackburn) tekanan dan pada masa yang sama, kami juga berhati-hati ketika melakukan serangan balas."
Ferguson yang terus memburu kemenangan apabila menentang Queens Park Ranger di laman sendiri penghujung minggu ini, memberitahu, Valencia berhak menjaringkan gol tersebut.
"Jaringan pada minit-minit terakhir adalah sangat penting. Jika kamu tidak mencuba sesuatu, kamu tidak akan dapat mengetahui hasilnya," ujarnya.
United, yang tewas 2-3 kepada Rovers di laman sendiri pada akhir Disember lalu, dijangka memiliki peluang cerah untuk merangkul gelaran liga kali ke-20 pada musim ini.- Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...