Sunday, April 29, 2012

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0


Aishah menyertai perhimpunan Bersih.
PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.
Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.
Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...