Kedua figura muda yang digandingkan untuk ruangan Serasi kali ini mempunyai beberapa persamaan yang terjadi secara kebetulan. Pertama, mereka sama-sama mewarisi darah seni keluarga masing-masing. Kedua, nama mereka menjadi popular, gara-gara kontroversi yang tercipta di awal karier mereka.
Namun, bagi Kilafairy dan Kaka, mereka berdua sependapat andai kisah kontroversi mereka tidak perlu diperbesarkan lagi. Malah, mereka juga menegaskan, bukan sengaja mencari kontroversi bagi meraih populariti.
“Sejujurnya, pertama kali apabila lagu Bawaku Pergi diperkatakan membawa mesej negatif kepada remaja, Kaka sangat terkejut. Kaka tak sangka orang akan lihat lagu tersebut dari sudut positif.
“Biasanya, kita dengar lagu hanya untuk seronok, dengar melodi. Tapi Kaka tak rasa kecewa dan semua ini buat Kaka lebih kuat. Kaka juga berharap selepas ini tidak ada lagi kontroversi dalam karier Kaka.
“Biarpun orang kenal Kaka selepas kontroversi lagu ini, tapi Kaka tak rasa ia kontroversi liar kerana kontroversi tersebut bukan dari perbuatan Kaka, cuma salah faham dari lagu sahaja,” katanya yang bersyukur kerana lagu itu akhirnya tidak diharamkan.
Bagi Kilafairy pula, dia tidak menyalahkan sesiapa, andai ada pihak mengatakan bahawa dia hanya dikenali menerusi kontroversi.
“Saya akui, sebelum ini saya tak banyak produk (single atau filem), tetapi cerita saya kerap keluar kerana kontroversi membuat bibirlah, imej seksilah dan watak gediklah.
“Namun saya tidak salahkan sesiapa jika mereka menganggap saya naik hanya disebabkan kontroversi sahaja. Malah bagi saya sendiri, kontroversi itu adalah asam garam bergelar artis.
“Saya sendiri sudah sedia maklum dengan dugaan sebegini dan mama (Rohana Jalil) sudah ingatkan saya tentang perkara sebegini. Apa yang pasti, kontroversi seperti sebelum ini membuatkan saya lagi kuat dan mahu pergi lebih jauh,” katanya yang ditemui selepas pelancaran A’ Famosa MYTV3 Rock The Wave.
Mahu lebih eksklusif: Kilafairy
Jika sebelum ini Sara Ali memilih mencontohi Maya Karin untuk menjaga nilai eksklusifnya, tidak ketinggalan Kilafairy yang ingin mengambil langkah serupa selepas ini.
“Jika sebelum ini saya tampil di dada akhbar dan majalah tanpa produk, selepas ini saya memilih untuk tampil pada media setelah saya ada produk untuk dikongsi bersama.
“Pendek kata, saya mahu lebih eksklusif selepas ini kerana saya tidak mahu peminat cepat muak dengan saya,” katanya.

Menyentuh mengenai ‘kehilangannya’ semenjak kebelakangan ini, Kilafairy menegaskan bahawa kehilangannya bukan disebabkan merajuk dengan industri ataupun sudah jemu seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
“Sebelum ini, saya sibuk dengan pengajian dalam jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles yang baru sahaja tamat awal tahun ini,” katanya.
Ceburi bidang perniagaan
Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Kilafairy berkata, dia kini teruja menantikan pembukaan butik yang kini dalam proses ubah suai.
“Lot kedai ini sudah lama di beli oleh ayah saya, terletak di The 19 USJ City Mall. Buat masa ini butik ini masih dalam proses ubah suai dan akan dibuka pada penghujung Mei nanti.
“Saya boleh katakan ini perniagaan keluarga kerana saya bergandingan bahu dengan kakak menjalankan perniagaan ini. Kakak menumpukan kepada pakaian dan saya pula kepada kasut tumit tinggi,” katanya yang menjadikan Victoria Beckham sebagai idola.
Menurut Kilafairy, sebab utama yang mendorongnya memilih perniagaan kasut tumit tinggi adalah disebabkan rekaan kasut di Malaysia tidak menepati kehendaknya.
“Biasanya kasut tumit tinggi di Malaysia kurang dari lima inci, jadi rekaan kasut tumit tinggi saya lebih dari yang sedia ada di sini. Saya juga hanya akan mereka kasut yang mempunyai permintaan sahaja,” jelasnya.
Kilafairy berkata, dia juga kini sedang dalam proses pembikinan single solo pertamanya bersama Amylea. Malah Kila juga berkemungkinan akan berduet dengan ibunya.
“Single ini dijangka akan disiapkan bulan depan, namun kami akan cuba menyiapkan sebelum konsert Rock The Wave kerana mungkin saya dapat mempromosikan single ini nanti,” katanya.
Kaka tak tumpang populariti
Pertama kali bertentang mata dengan gadis berusia 23 tahun ini, gayanya, cara percakapannya persis ratu rock negara, Ella. Malah, Kaka juga mempunyai sifat-sifat manja seperti Ella. Namun, tidak hairanlah kerana Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff merupakan anak saudara kepada Ella. Uniknya, Kaka bukan sahaja mewarisi darah seni ibu saudaranya itu, malah arwah bapanya, Allahyarham Nor Azraff Aminuddin.
“Kalau boleh, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai Ella. Ella adalah Ella dan Kaka adalah Kaka. Lagipun Ella manja lagi kot dari Kaka (ketawa). Saya tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudara saya. Biarlah orang kenal saya sebagai Kaka. Malah, saya bekerjasama dengan Zizan pun, orang kata saya menumpang populariti dia.
“Cuma gaya saya itu normallah kerana Kaka membesar dalam persekitaran yang sama. Apatah lagi Ella adalah guru dan mentor Kaka,” katanya yang mengakui lebih ke arah genre R&B.
Fokus bidang nyanyian
Tidak mahu tergopoh-gapah untuk mencuba semua cabang dalam bidang seni, Kaka mengakui lebih selesa untuk memberi tumpuan terhadap bidang nyanyian dahulu sebelum beralih ke bidang lain.
“Kaka baru sahaja menyertai lapangan ini, jadi kalau boleh Kaka mahu fokus dan asah suara dalam bidang nyanyian dahulu, jika sudah tajam, barulah Kaka bersedia untuk beralih ke bidang lain seperti lakonan pula. Bagi Kaka apa yang penting, bila kita nak buat sesuatu, perlulah betul-betul bersedia,” katanya yang meminati bidang nyanyian semenjak kecil lagi.
Menyentuh mengenai perkembangannya, Kaka berkata dia akan tampil bersama singlenya yang masih dalam pembikinan sekitar bulan Jun ini.
Katanya, buat masa ini, Kaka dan syarikat pengurusannya, Wire Fame Entertainment yang juga syarikat milik Zizan, sedang giat mencari material untuk penghasilan singlenya.

@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment