SHAH ALAM - Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli sedia bantu siasatan polis, sekali gusmemberi keterangan berhubung penyebaran maklumat sulit bank berkaitan syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp), baru-baru ini.
Menurutnya, laporan polis yang dibuat Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hanyalah untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.
“NFCorp bertindak demikian hanya sekadar untuk mengalih perhatian semua pihak terhadap penyelewengan yang dibuat berhubung dana awam sebanyak RM250 juta yang sepatutnya digunakan dalam penternakan lembu kepada pelaburan bidang hartanah.
“Ia juga cubaan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak tampil dengan maklumat benar, kerana mereka sedar kami (PKR) masih mempunyai banyak rekod penyelewengan mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Rafizi berkata, beliau sentiasa memberi kerjasama kepada polis sepenuhnya berhubung isu ini.
“Setakat ini, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan selanjutnya, tetapi kami yakin rakyat sedar apa yang sedang dibicarakan sekarang adalah NFCorp menyeleweng wang rakyat bukan saya,” katanya.
Menurutnya, penafian Mohamad Salleh memberitahu beliau tidak pernah mengambil pinjaman bank untuk membeli lapan unit hartanah mewah di KL Ecocity tidak memadai kerana pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk dokumen bank.
“Kalau Mohamad Salleh masih menafikan dakwaan yang mengatakan beliau tidak membuat sebarang pinjaman bank, tunjukkan bukti bagaimana beliau sanggup membeli lapan unit hartanah mewah di KL Ecocity itu tanpa sebarang pinjaman dan menjelaskan sumber kewangan mana yang digunakan,” katanya.

@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment