Sunday, April 29, 2012

Diancam ah long kerana judi anak


Ten Yu menunjukkan gambar anaknya dan diperhatikan oleh Michael Chong.
Ten Yu menunjukkan gambar anaknya dan diperhatikan oleh Michael Chong.
KUALA LUMPUR - Sikap degil seorang anak yang enggan berhenti daripada berjudi dan meminjam wang, menyebabkan keselamatan keluarganya terancam apabila mereka sering diganggu sindiket ah long.

Bapa mangsa, Wong Ten Yu, 64, berkata, anak bongsunya itu, Wong Kean Meng, 33, tidak tinggal bersama mereka sejak Januari lalu.

“Namun sindiket berkenaan sering mengganggu dan memeras ugut serta melontar cat merah ke dinding rumah kami di Sungai Buloh pada awal April lalu,” katanya.

Ten Yu berkata, seramai lima ah long datang ke rumah, dan salah seorang daripada mereka menyatakan Kean Meng meminjam sebanyak RM8,500.

Ten Yu merayu kepada anaknya supaya menjelaskan hutang supaya mereka sekeluarga tidak lagi diganggu ah long dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya tidak tahu jumlah wang yang dipinjam Kean Meng kerana kami gagal menghubunginya. Kami sekeluarga kecewa dengan tindakannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, bapanya telah membuat aduan sebanyak lapan kali berhubung perkara tersebut di pejabatnya dan dua laporan polis dibuat di Balai Polis Desa Jaya.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...