SAMBUTAN orang ramai terhadap penganjuran Liga Futsal Remaja Johor 2012 Mpire Kosmo! 2012 di Batu Pahat hujung minggu ini di luar jangkaan pihak penganjur apabila sebanyak 91 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
Penolong pengarah pertandingan, Zulrumaizi Abu Bakar menjelaskan, jumlah tersebut tidak termasuk pasukan yang menghantar penyertaan di beberapa lokasi di Batu Pahat seperti di pejabat wakil rakyat dan gelanggang pertandingan iaitu PB Futsal Parit Besar, Batu Pahat.
“Kami menjangkakan sebanyak 120 pasukan bakal bersaing pada sirkit pertama di Batu Pahat ini.
“Namun, pasukan yang berminat untuk turut serta masih boleh berbuat demikian kerana penyertaan akan dibuka sehingga 12 tengah hari, Jumaat ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurutnya lagi, setiap pasukan yang telah mengesahkan penyertaan diminta membawa pengesahan bayaran pada hari pertandingan iaitu Sabtu dan Ahad ini.
Selain itu, katanya, setiap pasukan juga diminta hadir sebelum jam 8 pagi pada hari pertandingan berikutan perlawanan akan dimulakan setengah jam selepas itu.
“Proses pengundian pasukan akan dijalankan pada Jumaat ini dan penyertaan pada hari pertandingan tidak akan dilayan,” jelasnya.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 17, Lelaki Bawah 12 dan Terbuka Wanita dan bagi melicinkan jadual pertandingan, sebanyak tiga gelanggang akan dibuka di daerah berkenaan.
Hadiah juara hingga pemenang tempat keempat bagi kategori Lelaki Bawah 17, masing-masing RM700, RM500, RM300 dan RM200 dan Lelaki Bawah 12 adalah RM500, RM300, RM200 dan RM100.
Bagi Terbuka Wanita pula adalah RM700, RM500, RM400 dan RM200.
Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi Sekretariat Pertandingan di talian 013-7860313 atau layari laman Facebook iaitu Liga Futsal Mpire Kosmo!
@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment