Monday, December 19, 2011

Tubuh jabatan khas bantu masyarakat Baba Nyonya



MOHD. ALI (dua dari kiri) bermesra dengan masyarakat Baba Nyonya selepas merasmikan seminar sempena Festival Antarabangsa Baba Nyonya 2011 di Melaka kelmarin.


MELAKA - Satu jabatan khas dikenali sebagai Jabatan Baba Nyonya yang terletak di bawah Jabatan Ketua Menteri telah diwujudkan bagi menjaga hal ehwal masyarakat berkenaan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui jabatan yang baharu itu, segala masalah yang dihadapi oleh kaum minoriti di negeri itu dapat diatasi dengan segera.
Menurutnya, ia membuktikan komitmen kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan pelbagai kaum khususnya dari golongan minoriti agar mereka turut mendapat pembelaan dan menerima peruntukan.
"Selain mewujudkan jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal masyarakat Baba Nyonya, kerajaan negeri juga turut menawarkan peluang pekerjaan kepada anak-anak daripada masyarakat ini di sektor awam.
"Saya ingin memastikan semua kaum yang terdapat di negeri ini turut mendapat tempat bekerja di sektor awam dan tidak hanya peluang itu ditawarkan hanya pada satu kaum semata-mata," katanya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...