Monday, November 7, 2011

Siti Hadiahkan Album "All Your Love" Buat Kimora Lee Simmons




Peluang untuk bertemu model dan mogul fesyen terkemuka dunia, Kimora Lee Simmons tidak dilepaskan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Berlangsung dalam suasana yang agak santai, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Cindai turut menyerahkan dua buat albumnya kepada Kimora.
Album yang dimaksudkan adalah album Inggeris sulungnya yang bertajuk "All Your Love" dan album pop etnik kontemporari yang berjudul "Lentera Timur".
Kimora Lee Simmons berada di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu dalam rangka lawatan bertemu peminat selain menghadiri majlis anjuran Universal Networks pengendali saluran hiburan terkemuka DIVA Universal, Universal, E! Entertainment dan Style.
Pertemuan eksklusif itu berlangsung di Kuala Lumpur petang Jumaat lalu dan dijangka berlepas pulang ke negaranya malam ini.

@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...