Monday, November 7, 2011

Butik Galeri Muslimah Pilihan Fida Di Aidil Adha




Setiap wanita pasti ingin tampil cantik dan bergaya di pagi Aidil Adha. Aktres yang popular menerusi drama ‘Epilog Syurga Cinta’ dan ‘Kasih Alia’ di TV3, Rafidah Ibrahim juga tidak terlepas pandang dalam menitikberatkan fesyen di pagi raya.

Bagi sambutan Aidil Adha tahun ini, Fida memilih busana dari butik Galeri Muslimah Sdn. Bhd. untuk digayakan di pagi raya. Butik Galeri Muslimah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini terletak di A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana.

Diterajui oleh pasangan suami isteri, Johari Mohd Ghazali dan Nora Shiekin Zakaria, serta dibantu oleh anak gadis mereka, Muniera Syaza, Galeri Muslimah boleh dikatakan sebagai pencetus gaya fesyen Muslimah di luar sana.

Menyediakan pelbagai koleksi busana Muslimah, tudung dan aksesori wanita, Galeri Muslimah pasti akan membuat si pemakai tampil anggun dan cantik sekaligus memeriahkan lagi sambutan Aidil Adha anda pada kali ini.
Fida tampak anggun menggayakan baju kaftan berhud jenis cotton berwarna ungu. Busana ringkas yang cantik ini merupakan ‘signature’ bagi butik Galeri Muslimah Sdn. Bhd. Dipakai bersama half turtle neck berwarna hitam, kaftan labuh ini lebih menyerlah apabila digayakan dengan turban berwarna pink.
Kaftan sutera di bawah label Insyirah International oleh Galeri Muslimah Sdn. Bhd. ini menyerlahkan lagi keayuan Fida. Direka khas dengan tali di bahagian dalam supaya si pemakai bebas untuk menariknya mengikut keselesaan bentuk badan, kaftan sutera ini juga dihiasi dengan manik berwarna-warni di bahagian leher. Kaftan ini anggun digayakan dengan pemakaian turban yang dihias batu swaroski serta dililit dengan skaf sutera berwarna sedondon.

Ingin menampakkan kelainan di pagi Syawal, gadis Pantene ini anggun menggayakan kaftan sutera dwi tona dengan perincian batu Acrylic. Kaftan ini cantik digayakan dengan tudung sutera berona kelabu bersama turban bermanik campuran. Si pemakai lebih anggun apabila mengenakan aksesori tambahan seperti anting-anting dan cincin.
   
Fida anggun menggayakan sut Insyirah International berhud bersama gaun labuh potongan ‘payung’ dari kain jenis cotton. Busana ini diserlahkan lagi dengan hiasan ‘customised hot stones’ berwarna putih yang hanya terdapat di Galeri Muslimah. Digayakan dengan tali pinggang berwarna putih, gaun labuh berwarna biru ini cantik dipadankan dengan aksesori seperti gelang dan anting-anting, yang nyata bakal menyerlahkan lagi si pemakai.

@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...