
PEMAIN Liverpool perlu lebih berwaspada dengan kebangkitan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana England seperti Swansea jika mahu mengecap kemenangan.
LONDON - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengakui skuad kendaliannya perlu lebih bersabar apabila menanti kunjungan Swansea City di Anfield malam ini.
The Reds memulakan saingan Liga Perdana England musim ini dengan aksi hambar di laman sendiri apabila mereka seka- dar mencatatkan dua kemenangan daripada lima perlawanan.
Sebaliknya, Sweansea City yang berjaya beraksi dalam kempen Liga Perdana England musim ini, telah mempamerkan prestasi yang mengagumkan.
Disebabkan itu, Dalglish telah mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak me- mandang rendah kemampuan Swansea yang dijangka mampu melakar kejutan.
"Corak permainan Swansea amat kemas. Mereka menghantar bola dengan baik, mereka bergerak dengan baik di setiap penjuru padang.
"Kadang-kadang, ada segelintir peminat tidak menghormati pasukan yang telah di- naikkan pangkat (beraksi dalam Liga Perdana England).
"Malah, para penyokong kami perlu menerima hakikat Swansea kemungkinan akan mengawal permainan tersebut.
"Namun, kami perlu menerimanya dan apa yang paling penting kami perlu memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.
Sementara itu, tonggak pertahanan Swansea, Garry Monk berkata, masanya telah tiba untuk pasukan baharu mencipta kejutan di Anfield.
"Sekarang kami telah membina pasukan yang lebih berkeyakinan dan kami mampu mencipta lebih banyak kejutan," katanya.
"Tidak kisah jika kami diperlekehkan oleh peminat Liverpool. Mereka adalah pa- sukan yang hebat, kelab yang hebat dengan sejarah yang hebat. Kami pergi ke sana untuk menang.
"Saya rasa kami sudah mula semakin menunjukkan peningkatan dan kami mahu untuk terus meningkatkan prestasi," kata- nya. - AFP
No comments:
Post a Comment