Saturday, November 5, 2011

Barcelona mahu atasi ancaman Bilbao



SENTUHAN berbisa Messi (kanan) ditagih Barcelona bagi menghalang kebangkitan Athletic Bilbao pada perlawanan esok.


VALENCIA - Dua jurulatih terkemuka Sepanyol bakal bertemu esok apabila Barce- lona yang dibimbing Pep Guardiola menentang skuad kendalian Marcelo Bielsa yang mengemudi Athletic Bilbao.
Dua jurulatih itu bertemu buat pertama kali sejak Bielsa yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang memimpin kelab tersebut pada musim ini.
Guardiola akan melawat bekas jurulatih Argentina dan Chile yang bersara daripada bola sepak pada 2005, seorang individu yang hebat mengenai taktik dan falsafah bola pada perla- wanan Liga Sepanyol esok.
Jurulatih Catalan yang memulakan kerjaya kejurulatihan, bermula dengan skuad simpanan Barcelona sebelum mengambil alih pasukan utama pada tahun 2009.
Guardiola berjaya memenangi 12 trofi bersama Barcelona ketika berusia 40 tahun dengan rekod 144 kemenangan daripada 200 perlawanan dengan menyaksikan beliau hanya te- was sebanyak 17 perlawanan.
"(Ahad) akan menjadi satu lagi ujian yang baik," kata Guardiola selepas pasukannya menewaskan Viktoria Plzen 4-0 dalam Liga Juara-Juara pada hari Selasa dan kekal tanpa ditewaskan dalam 17 perlawanan untuk memulakan musim ini.
Dalam perlawanan itu, Messi menjaringkan hatrik untuk perlawanan kedua berturut-turut di Prague dengan musim keempat untuk mencipta rekod 22 gol dari- pada 17 perlawanan.
Penyerang Argentina itu hanya memerlukan 33 gol untuk mengatasi rekod kelab Cesar Rodriguez 235 gol.
"Messi pasti akan berjaya mengatasi rekod Cesar sebagai penjaring terbanyak kelab itu sepanjang masa," kata Guardiola yang melihat Messi meledak 160 gol sejak beliau mengambil alih Barcelona.
Sementara itu, Bilbao masih lagi kebal de- ngan rekod tanpa tewas sepanjang sembilan perlawanan walaupun mengalami tiga keka- lahan di dalam enam perlawanan pertama Bielsa ketika membimbing Bilbao.
"Kami cuba sedaya upaya untuk mempa- merkan permainan yang lebih postif dan sentiasa memburu kemenangan ketika beraksi," kata Bielsa. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...