Tuesday, November 15, 2011

Raja Jordan II Seru Presiden Syria Letak Jawatan

Raja Jordan II Seru Presiden Syria Letak Jawatan
Amman (Jordon) – Presiden Syria, Bashar al- Assad terus berdepan tekanan supaya meletak jawatan dan terbaru gesaan sama disuarakan Raja Jordan, Raja Abdullah II.
Baginda mahu Bashar berundur dan dalam masa sama keganasan di negara berkenaan akan berakhir.
Ini merupakan desakan pertama kali dilakukan secaa terbuka oleh pemimpin dunia Arab kepada Bashar supaya meletak jawatan.
“Saya percaya jika saya berada dalam kedudukannya, saya akan meletak jawatan. Saya akan pastikan sesiapa yang menggantikan saya dapat mengubah status quo yang kita lihat sekarang,” katanya yang disiarkan oleh televisyen BBC.
Bagaimanapun, di Damsyik, Menteri Luar Syria, Walid Muallem menegaskan Syria tidak akan tunduk kepada tindakan memalukan dan berbahaya yang diambil Liga Arab untuk menggantung keahlian negara itu berkuatkuasa hari ini.
“Keputusan yang diambil oleh Liga Arab itu adalah satu langkah yang merbahaya. Syria terpaksa membayar harga yang tinggi ke atas krisis yang berlaku hari ini disebabkan kedudukan Syria yang kukuh.
“Syria tidak akan tunduk dan akan terus kukuh….sebarang komplot menjatuhkan Syria akan gagal,” katanya pada sidang media di Damsyik.
Liga Arab pada 2 November lalu telah merangka pelan kepada Syria supaya mengundurkan tenteranya daripada tempat-tempat protes dan tidak boleh menahan penunjuk perasaan secara sewenang-wenangnya.
Ia memberi masa selama 15 hari kepada Syris untuk melaksanakan pelan berkenaan, namun selepas Syria gagal berbuat demikian, maka Liga Arab bersetuju menggantung keahlian negara berkenaan berdasarkan keputusan undi yang menyaksikan 18 daripada 22 negara anggota menyokong.
Dalam pada itu, Liga Arab juga mengumumkan akan menghantar 500 pemantau ke Syria melibatkan aktivis, media dan pakar ketenteraan untuk memantau perkembangan di negara itu.
Namun bagi tujuan itu, Liga Arab mahu Syria memberikan jaminan untuk menandatangani memorandum persefahaman agar pasukan berkenaan diberikan perlindungan.
Tarikh bagi pemantauan berkenaan akan ditetapkan hari ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...