Tuesday, November 15, 2011

Jangan Kecewa Anak Tidak Cemerlang Akademik

Jangan Kecewa Anak Tidak Cemerlang Akademik

KANGAR – Ibu bapa tidak wajar kecewa jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam akademik sebaliknya perlu memberi perangsang kepada pelajar terbabit supaya maju dalam bidang lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, pelajar yang tidak cemerlang masih boleh melanjutkan dalam bidang akademik masih boleh melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang lain.
“Bagi anak-anak yang tidak mempunyai kebolehan dalam bidang akademik mereka boleh melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran di pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang kemahiran tertentu yang sesuai dengan mereka.
“Oleh itu ibu bapa diminta supaya tidak kecewa jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam akademik sebaliknya memberi perangsang supaya mereka berjaya dalam bidang lain yang mereka minati seperti kesenian atau sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 Sekolah Kebangsaan Abi di sini hari ini.
Beliau turut menyampaikan cek bernilai RM28,400 kepada pihak sekolah  sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 284 pelajar sekolah berkenaan.
Dalam pada itu, Md. Isa berkata, orang ramai diminta supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang mempertikaikan bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...