TRIPOLI – Perdana Menteri sementara Libya, Mahmoud Jibril mengakui kewujudan senjata kimia di Libya.
Berikutan itu, katanya, sepasukan penyiasat antarabansa akan tiba di negara itu minggu ini bagi menangani isu berkenaan.
Namun, beliau menegaskan, kerajaannya tidak berminat untuk menyimpan senjata berkenaan demi keamanan dan kestabilan negara tersebut selepas kematian bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi.
Mahmoud bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai senjata tersebut dan menyerahkannya kepada pasukan penyiasat berkenaan.
Minggu lalu, wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ian Martin melahirkan kebimbangan mengenai kawalan ke atas senjata kimia yang dikesan di Libya.
Ia juga selaras dengan cadangan resolusi yang bakal dikemukakan oleh Rusia pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, minggu ini, menggesa pihak berkuasa Libya memusnahkan senjata pemusnah berkenaan.
baca kisah Libya dan muamar gadaffi disini....
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment