BEIJING – Pihak berkuasa China menahan seorang pegawai polis yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas dia melanggar sebuah kereta dan menyebabkan lima orang terbunuh, semalam.
Menurut agensi berita Xinhua, pegawai tersebut yang bertugas di daerah Runan, tengah wilayah Henan, didakwa atas kesalahan ‘menggugat keselamatan awam dengan cara berbahaya’ apabila van polis yang dipandunya merempuh dua tiang lampu isyarat sebelum melanggar lima mangsa terbabit.
“Suspek disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol,” kata agensi berita itu yang memetik kenyataan pihak kerajaan. – REUTERS
No comments:
Post a Comment