Friday, November 11, 2011

Perry, Glee dan Harry Potter dominasi pencalonan



BARISAN pelakon siri televisyen muzikal popular Glee terbitan Fox Entertainment.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Katy Perry (gambar kecil), siri drama Glee dan filem Harry Pottertelah memperoleh pencalonan terbanyak bagi anugerah People's Choice Awards.
Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 menguasai carta dengan sembilan pencalonan termasuklah filem pilihan. Sementara Perry dan Glee bersaing untuk merebut tujuh trofi.
Undian untuk majlis anugerah yang memasuki edisi ke-38 itu berakhir pada 6 Disember 2011. Majlis itu bakal berlangsung di Nokia Theatre pada 11 Januari 2012.
Glee mendapat pencalonan untuk anugerah pelakon komedi TV bagi pelakon lelaki, wanita dan pelakon jemputannya.
Manakala Perry pula dicalonkan dalam kategori artis wanita pilihan, artis pop dan muzik video untuk lagu Last Friday Night. - AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...