KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kajiannya mendapati sebanyak kira-kira RM15 juta sehari dibelanjakan oleh lima juta perokok tegar yang dikenal pasti di Malaysia.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USMKK, Profesor Zulkifli Ahmad berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, jumlah perokok semakin bertambah, selain 10,000 kes kematian setahun berpunca daripada amalan merokok.
“Peruntukan RM15 juta sehari ini adalah besar dan ia menunjukkan tabiat merokok sukar dibuang meskipun pelbagai kempen dilaksanakan.
“Daripada jumlah peruntukan yang dikeluarkan perokok tegar ini, kira-kira 10,000 kematian setahun dikenal pasti berpunca daripada rokok,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Syarahan Umum Pengawalan Tembakau di Malaysia: Antara Ekonomi, Politik, Agama Dan Kesihatan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, pertambahan jumlah perokok tegar bukan sahaja membimbangkan, malahan ia menunjukkan sikap rakyat yang tidak mengambil perhatian terhadap kempen bahaya merokok yang dilakukan kerajaan.
Beliau yang juga Pakar Kesihatan Awam berkata, meskipun pelbagai cara dan kempen dilancarkan bagi menyedarkan bahaya merokok, namun bilangan perokok tidak berkurangan, malah budaya merokok mempengaruhi remaja.
“Remaja ini masih bersekolah dan budaya ketagihan merokok ini boleh menjejaskan kesihatan termasuk kesan terhadap ekonomi keluarga, sosial dan perancangan masa depan terganggu.
“Kajian Badan Kesihatan Dunia (WHO) juga mendapati enam juta kematian setahun akibat rokok dicatatkan, malah lebih membimbangkan menjelang 2025, seramai 10 juta manusia dianggarkan akan maut kerana rokok,” katanya.
Beliau berkata, bahaya merokok tidak dapat dikesan dalam jangka masa pendek, malah kesan terbabit akan dirasai selepas 20 hingga 30 tahun kemudian seperti penyakit kanser, malahan melalui kajian yang dijalankan, ia menyebabkan kematian bayi pra-matang.
Turut sama diraikan pada majlis pelantikan profesor berkenaan, Pensyarah Statistik Perubatan, Prof Dr Syed Hatim Noor yang turut menyampaikan syarahan bertajuk Statistik Dalam Penyelidikan Perubatan dan Sains Kesihatan: Dahulu, Kini Dan Sekarang.

No comments:
Post a Comment