Tuesday, November 22, 2011

Nik Aziz akui air Kelantan kotor

Nik Aziz
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat mengakui terdapat laporan kes kualiti air yang kurang memuaskan di negeri ini.
Menurutnya, antara punca utama kekotoran tersebut adalah pembangunan di kawasan hulu negeri ini tetapi usaha untuk mengawal pencemaran itu sentiasa dilakukan Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan laporan media mengenai isu pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri, Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) yang jelas ingin memburukkan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.
“Saya akui benda itu berlaku, tapi tidak sampai sebagaimana yang dibesarkan itu, itu masalah kedua, memang Kelantan ini orang terliur semua, tapi kena ingat selain dari sungai Kelantan, sungai (negeri) lain kotor juga.
“Kita tidak tahu betul atau tidak tapi akhbar perdana ini sengaja nak burukkan Kelantan,”katanya kepada pemberita selepas hadir di Mesyuarat Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER), pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah akhbar kelmarin mengenai tahap kualiti air di negeri ini yang didakwa terkotor dan mengandungi loham serta bakteria berbahaya.
Bagi tujuan tersebut, Nik Aziz yang juga Pengerusi AKSB berkata, pihaknya memanggil syarikat yang membangunkan kawasan hulu Kelantan supaya menekan aspek pemuliharaan dalam kerjanya.
“Pembangunan ini perlu cuma, kita nasihat panggil dan menegur syarikat yang buat pembangunan itu sekarang, sudah banyak perubahan tapi lama kelamaan insyaallah mereka akan faham keadaan,”katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kualiti bekalan air bersih yang disalurkan oleh AKSB, beliau berkata, perkhidmatan yang diberikan bertambah baik lebih-lebih lagi dengan penyedian peruntukkan kewangan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Nik Aziz hairan terhadap data yang dikemukakan akhbar terbabit yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...