Tuesday, November 1, 2011

Masyarakat Kristian Nepal Mahu Mogok Lapar

Masyarakat Kristian Nepal Mahu Mogok Lapar
Masyarakat Kristian Nepal yang merupakan penduduk minoriti negara itu mengugut untuk melancarkan mogok lapar melainkan kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mengebumikan ahli mereka yang meninggal dunia.
Mogok lapar seluruh negara itu dijangka akan bermula pada hari Isnin depan.
Masyarakat tersebut telah mencuba sejak bulan Februari untuk memujuk pihak berkuasa memberikan mereka tanah perkuburan.
Pada masa itu, masyarakat itu berkata, mereka sering kali terpaksa mengorek semula mayat dan mencari tempat baru untuk dikebumikan apabila masyarakat tempatan membantah sesuatu tanah perkuburan untuk kumpulan berkenaan diwujudkan.
Beberapa mayat juga pernah dibuang secara rahsia, kata mereka.
Masyarakat Kristian membentuk kurang 5% daripada populasi Nepal yang kebanyakannya merupakan penganut Hindu.
Tetapi, Joanna Jolly dari BBC berkata, Kristian kini semakin popular di Nepal, sebahagiannya kerana penganut agama Hindu melihatnya sebagai satu cara untuk melepaskan diri dari sistem kasta yang ketat dan memperbaiki kehidupan mereka.
Tidak seperti penganut Hindu yang membakar mayat, orang Kristian memerlukan tanah yang ditetapkan sebagai tapak perkuburan dan permintaan ini yang telah menyebabkan mereka berkonflik dengan kerajaan.
Walaupun dengan mesyuarat yang berterusan dengan para menteri, tiada tanah yang telah diberikan setakat ini.
Sesetengah ahli masyarakat Kristian mendakwa kadang kala mereka terpaksa mengambil langkah membuang mayat-mayat ke dalam sungai secara rahsia kerana mereka tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan.
Pada bulan Mac lalu, ratusan penganut Kristian membantah di ibukota, Kathmandu menuntut tanah perkuburan yang ditetapkan.
Sebelum itu pada bulan Februari, mereka telah dihalang daripada mengebumikan mayat dalam tanah di kuil Hindu Pashupatinath – yang mana mereka telah buat selama berdekad.
Pihak berkuasa kuil berkata, tidak ada ruang yang tinggal untuk kubur baru.
Sumber: BBC (News South Asia)

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...