Tuesday, November 1, 2011

600K Pengguna FB Terganggu Setiap Hari

600K Pengguna FB Terganggu Setiap Hari

NEW YORK – Kenyataan Facebook di blog mereka mendedahkan bahawa sekitar 600 ribu pengguna laman web tersebut menghadapi masalah untuk log-masuk ke akaun mereka setiap hari.
Gangguan itu pertama kali dicatat oleh sistem sekuriti Sophos dalam sistem kawalan terbaru untuk laman sosial.
Data dari Sophos.com menunjukkan 0.06% daripada 1 bilion akaun Facebook yang di log-masuk setiap hari dijejaki spam.
Langkah penyelesaian yang digunakan oleh Facebook untuk menangani masalah tersebut adalah menambahkan sistem kawalan baru iaitu ‘Trusted Friends’.
Dengan cara itu jika anda tidak dapat log-masuk ke akaun Facebook anda, sistem di Facebook akan mengirim nombor kod ke akaun teman anda.
“Facebook sedang menguji aplikasi itu,” seperti yang dipetik dari laman Mashable.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...