Monday, November 21, 2011

Kuartet lelaki negara gegar Velodrom Rawamangun



DARI kiri, Harrif, Adiq Husaini, Amir Mustafa dan Mohd. Akmal Amrun yang memenangi pingat emas acara 4km kejar-mengejar berpasukan lelaki semalam.


JAKARTA - Skuad lumba basikal trek negara terus menggegar Velodrom Rawamangun apabila meraih satu lagi pingat emas semalam.
Pingat emas tersebut hadir menerusi gandingan Muhd. Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd. Akmal Amrun dan Mohd. Harrif Saleh yang mengungguli kategori 4 kilometer kejar-mengejar berpasukan lelaki.
Lebih membanggakan apabila ku- artet negara itu menewaskan gandi- ngan Indonesia, sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih dalam kategori yang sama pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.
Sebagai rekod, acara lumba basikal trek tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.
Pada saingan final semalam, kuartet negara merakamkan masa 4 minit 36.322 saat, mana- kala gandingan Indonesia mencatat masa 4:51.404s.
Kuartet Filipina yang merekodkan 4:45.900s pada saingan kelayakan membawa pulang pingat gangsa.
Kejayaan kuartet negara itu juga hadir sehari selepas Fatehah Musta- pa dan Harif menyumbang emas dalam kategori masing-masing kelmarin.
Bagi Harif, ia dianggap kejayaan cukup manis bagi dirinya selepas dia mengungguli kategori 10 kilometer scratch.
"Saya tidak dapat berkata apa-apa lagi dengan kejayaan hari ini (sema- lam). Kami telah memberikan kayu- han terbaik.
"Sekalipun diejek penyokong Indo- nesia, kami masih mampu mengawal emosi sehingga tamat perlumbaan," jelas Harif semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...