Monday, November 7, 2011

"Kemenangan Ini Terlalu Awal" - Remy Ishak


Watak Adam, lakonan Remy Ishak dalam ‘Nur Kasih’ cukup digilai ramai. Namun siapa sangka, watak pemuda kampung bernama Atan menerusi filem ‘Cun’ pula yang berjaya mengangkat nama Remy sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem.

Remy berjaya mengenepikan empat calon lain iaitu Aaron Aziz ('KL Gangster'), Adi Putra ('KL Gangster'), Shaheizy Sam ('Kongsi') dan Zul Handy Black ('Mantra') dalam Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

“Saya masih dalam keadaan terkesima kerana tak jangka dengan kemenangan ini. Secara jujur, jauh lagi sasaran saya untuk menang dalam mana-mana pertandingan. Bagi saya, kemenangan ini masih terlalu awal. Namun, bila dinobatkan sebagai pemenang, syukur Alhamdulillah.

“Sebenarnya, kemenangan ini lebih kepada abang Osman (Ali, pengarah 'Cun') kerana dia berjaya mengubah saya jadi orang lain. Bagi saya, watak Atan lain daripada watak yang pernah saya bawakan sebelum ini. Terima kasih kepada Osman dan juga kru produksi yang lain, saya rasa terharu sangat,” ujar Remy ketika ditemui sejurus selepas menerima anugerahnya.


@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...