Setelah beratus-ratus kali penafian berhubung khabar angin yang mengatakan janda Nick Lachey ini kononnya hamil selepas dilihat semakin berisi dan sering memakai pakaian longgar bagi menyembunyikan perutnya yang semakin ‘membuncit’, akhirnya Jessica Simpson mengakui yang dia kini sedang hamil.
Jessica membuat pengumuman tersebut menerusi laman sesawang rasminya, di mana turut mempamerkan foto Jessica memakai kostum Halloween bewarna putih dengan keadaan perutnya yang semakin membesar.
Berita tersebut mungkin bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Jesssica yang telahpun bertunang dengan pemain NFL, Eric Johnson pada November tahun lalu seringkali dirakam lensa kamera dalam keadaan yang menampakkan ‘baby bump’.
Dijadualkan berkahwin November ini, Jessica walaubagaimanapun masih belum memutuskan samaada perkahwinan tersebut akan diteruskan seperti yang dirancang.
“Dia (Jessica) belum lagi membuat keputusan tentang majlis perkahwinan bagaimana yang diinginkannya. Sekejap dia nak perkahwinan gah di Hawaii, tak lama lepas tu dia bercadang hanya ingin membuat majlis perkahwinan berhampiran kediamannya saja,” ujar sumber terdekat Jessica yang dipetik dari Us Weekly baryu-baru ini.
Ada cakap-cakap mengatakan, salah satu sebabnya perkahwinan tersebut masih belum dapat diputuskan adalah kerana Jessica tidak ingin menjadi pengantin ‘gendut’ di hari bahagianya kelak.
Ini merupakan kehamilan pertama Jessica dan akan menjadi anak pertama baik buat Jessica dan tunang tercinta, Eric. Jantina dan tarikh kelahiran bayi tersebut masih lagi belum dapat dipastikan.
baca kisah Hollywood disini...
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment