Nampak gayanya penceraian bintang realiti paling hot di alam semesta (katanya), Kim Kardashian dan suaminya yang merupakan bekas pemain NBA untuk pasukan New Jersey Nets, Kris Humphries, menjadi topik hangat dibualkan hari ini.
Pastinya berita perpisahan mereka mengundang hiba dikalangan peminat Kim yang sememangnya ingin terus melihat kebahagian ‘pengantin baru’ ini berkekalan dan tidak kurang juga anti-Kim Kardashian yang bangga berkata ramalan ‘tok nujum’ mereka benar belaka -Pasangan ini bercerai juga akhirnya.
Bukan auta, bukan gimik, tersebarnya dokumen penceraian yang difailkan Kim sekaligus membuktikan Kim nekad dan serius dengan keputusannya.
Kim, 31, memfailkan penceraian di mahkamah Los Angeles selepeas 72 perkahwinan mega berkonsep ‘Fairy tale’ mereka. Menjadikan ‘irreconcilable differences’ / perbezaan yang tidak dapat diselesaikan, sebagai sebab penceraian, dokumen tersebut turut menunjukkan pasangan tersebut ada menandatangani perjanjian pranuptial sebelum ini.
Turut dinyatakan di dalam dokumen tersebut, harta individu (bukan sepencarian) pasangan ini iaitu ‘miscellaneous jewelry and other personal effects, earnings and accumulation’.
Kalau dah sentuh pasal ‘miscellaneous jewelry’ tentu sahaja salah satunya adalah cincin pertunangan bertahta lebih dari 20 karat berlian rekaan Lorraine Schwartz yang dibeli oleh Kris Humpries pada harga USD 2 juta. Justeru tidaklah dapat dipastikan sama ada Kim akan terus ‘keeping up’ cincin berlian tersebut.
Antara lain, dokumen tersebut tidak pula menyatakan siapakah di antara mereka berdua yang akan mendapatkan USD 18 juta hasil keuntungan daripada hak penyiaran dan liputan media diperoleh dari majlis perkahwinan mereka.
Diharapkan proses penceraian mereka diselesaikan dengan cara baik, sama-sama dapat untung, sama-sama bahagia dan diharapkan Kim dapat ‘keeping up’ cincin berlian pemberian Kris sebagai kenangan.
jom baca kisah kahwin2 artis disini...
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment