Wednesday, November 9, 2011

Friedel cemerlang, Fulham kempunan



FRIEDEL menepis bola keluar pada perlawanan menentang Fulham di London kelmarin.


LONDON - Aksi cemerlang penjaga gol Tottenham Hotspur, Brad Friedel berjaya menggagalkan hasrat Fulham untuk mencuri satu mata apabila tewas 1-3 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.
Gol jaringan Gareth Bale, Aaron Lennon dan Jermain Defoe menjamin kemenangan ketujuh dalam lapan perlawanan Spurs setakat ini, sekaligus berkongsi 22 mata dengan Chelsea, tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Spurs yang mendahului 2-0 pada babak pertama kembali tertekan apabila Fulham mula menggandakan asakan pada babak kedua.
Gol sendiri hasil jaringan tonggak pertahanan Spurs, Younes Kaboul pada minit ke-57 juga memburukkan lagi keadaan dan pasukan bimbingan Harry Redknapp itu pastinya berputih mata jika tidak kerana kecemerlangan Friedel menafikan setiap percubaan oleh penyerang Fulham.
Fulham akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Spurs apabila Defoe mudah menolak masuk gol ketiga pasukannya hasil gerakan menarik Emmanuel Adebayor pada minit-minit akhir permainan.
"Bagi saya, Friedel adalah pemain yang terbaik di atas padang semalam (kelmarin)," kata jurulatih Fulham, Martin Jol yang sebelum ini dipecat Spurs pada 2007.
"Kami mempunyai sekurang-kurangnya 30 peluang pada babak kedua, tetapi semua percubaan kami berjaya dinafikannya.
"Jika tidak kerana Friedel, saya yakin kami boleh sekurang-kurangnya mencuri satu mata," katanya.
Perlawanan lain menyaksikan Bolton Wanderers membelasah Stoke City 5-0 sementara Wolverhampton Wanderers menewaskan Wigan Athletic 3-1. - Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...