Wednesday, November 23, 2011

Djokovic kembali temui rentak



AKSI bertenaga Djokovic ketika menewaskan Berdych pada perlawanan pembukaan Jelajah Akhir ATP di London semalam.


LONDON - Pemain No. 1 dunia, Novac Djokovic kembali menemui rentak permainan apabila mengalahkan Tomas Berdych, 3-6, 6-3, 7-6 (7/3) dalam perlawanan pembukaan Jelajah Akhir ATP semalam.
Djokovic menyertai David Ferrer dalam kedudukan teratas Kumpulan A, melalui musim terbaiknya tahun ini, terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain dari Republik Czech dalam permainan yang mengambil masa selama dua jam dan 30 minit di Arena O2, London.
Pemain berusia 24 tahun itu melakar kemenangan luar biasa dalam sejarah tenis selepas merangkul tiga gelaran Grand Slam dan lima takhta Masters dengan memenangi 69 daripada 73 perlawanan.
Konsistensi luar biasa yang ditunjukkannya melayakkannya berada di kedudukan teratas dunia dan kejayaan di akhir musim ATP bakal melengkapkan portfolio pemain dari Serbia itu.
"Anda perlu mengusai permainan untuk memenanginya. Meskipun saya tidak mendominasi permainan, namun saya berjaya melakukannya dan merebut peluang untuk berjaya," katanya.
Djokovic yang memenangi Jelajah Akhir di Shanghai pada 2008, bergelut untuk kembali ke gelanggang apabila mengalami kecederaan di belakang dan bahu sejak memenangi Terbuka AS.
Kecederaan itu juga memaksanya menarik diri daripada menyertai Paris Masters baru-baru ini.
Namun, itu tidak membuatkannya mengalah ketika menentang Berdych.
Berdych yang hanya memenangi lapan pertemuan dengan Djokovic ketika separuh akhir Wimbledon 2010, melakukan serangan ke atas Djokovic pada set pertama dan permainan agresifnya berbaloi apabila dia mendahului 2-0.
Namun, Djokovic bangkit dan melakukan servis kencang yang membawa kepada pungutan mata demi mata apabila Berdych mula melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kemenangan ke atas pemain Serbia itu. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...