
PEMAIN Barcelona perlu mempamerkan persembahan yang konsisten untuk melakar kejayaan apabila menentang AC Milan pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara hari ini.
MILAN - Dua kelab gergasi Eropah, AC Milan dan Barcelona bakal bertemu di San Siro hari ini dengan sasaran mahu muncul sebagai pendahulu Kumpulan H di dalam aksi Liga Juara-Juara.
Juara kumpulan, Barcelona mengatasi seteru dari Itali itu dengan kelebi- han dua mata, sekadar mahu seri di dalam pertemuan klasik tersebut.
Milan akan berkunjung ke Rebublik Czech untuk menentang Viktoria Plzen pada perlawanan terakhir dan mereka perlu menewaskan Barcelona sekiranya berhajat untuk muncul pendahulu kumpulan di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan gergasi ini telah bertemu pada perlawanan pertama lalu yang menyaksi keputusan seri 2-2, meskipun permainan nyata dikuasai oleh Milan.
Bekas penyerang Barcelona yang kini beraksi bersama Milan, Zlatan Ibrahi- movic menyedari pasukannya merupakan bukan pilihan pada perlawanan itu.
Pemain berasal dari Sweden itu berkata, ia (perlawanan menentang Barce- lona) pasti sangat menarik dan hebat.
"Tanpa rasa ragu-ragu, kami akan menentang pasukan terbaik di dunia.
"Apabila saya meninggalkan pasukan itu, saya mengetahui saya telah berhij- rah dari pasukan terbaik dunia.
"Bagi saya dan semua pihak yang ter- libat, berfikir meninggalkan kelab itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik demi karier bola sepak saya," katanya.
Walaupun Ibrahimovic menjaringkan 22 gol sepanjang 42 perlawanan untuk Barcelona, namun jurulatih pasukan itu, Pep Guardiola lebih berminat menggunakan khidmat penyerang Sepanyol, David Villa di dalam strategi beliau un- tuk perlawanan berkenaan.
Begitupun Ibrahimovic menegaskan, dia tidak perlu membuktikan kebolehannya kepada bekas kelabnya selepas pertemuan di Nou Camp.
Sebaliknya dia lebih bersemangat untuk mencipta kemenangan bersama Milan.
"Bagi saya, ia adalah penting bahawa anda gembira apabila anda bermain. Jika anda berpuas hati di tempat sekarang, ia menjadikan lebih mudah untuk anda." - AFP
No comments:
Post a Comment