Thursday, November 3, 2011

Blog Makan Angin: Jeruk Cempedak & Daging Landak


Rasanya dah tiga episod berturut-turut kita berhijrah ke Indonesia. Kini kita jelajah pula ke tanahair tercinta iaitu di Bukit Jugra dan Kuala Selangor.

Dalam perjalanan ke sana, saya diberitahu oleh penerbit yang saya akan cuba resipi istimewa - jeruk cempedak dan rendang landak. Dengar saja makanan tersebut terus saya terbayangkan buah cempedak dan landak yang berduri. Memang tak dapat dibayangkan langsung. Anda semua juga tentu tertanya-tanya rupa bentuk kedua makanan tersebut, kan?



Seperti biasa, sebelum memulakan misi masak-memasak, saya tak mahu melepaskan peluang untuk cuba sukan lasak paragliding di Bukit Jugra. Tempat ini sememangnya terkenal dengan aktiviti lasak ini dan saya pun sebenarnya kecut perut juga untuk mencuba tapi demi penonton dan pengikut Makan Angin, saya gagahkan juga.



Alamak... percubaan pertama kantoi sebab angin tak kuat. Ini bukan alasan tau tapi realiti!!! Yessss... percubaan kali kedua berjaya dan saya rasa amat teruja dan seronok akhirnya dapat terbang seperti haiwan kesukaan saya iaitu helang.



Memang best sampai rasa macam tak percaya dapat terbang setinggi helikopter... Hehehehe. Memang terbaik! Alhamdulillah, saya selamat mendarat dan tanpa disedari lutut saya menggeletarlah jugak sebab perasaan yang bercampur-aduk ketika berada di atas tu.



Kemudian, kami terus ke Sabak Bernam, Kuala Selangor untuk mencuba resipi pertama iaitu jeruk cempedak. Misi pun bermula dengan sebiji cempedak berada di depan mata saya. Hairan juga saya macam mana kulit cempedak dibuat jeruk. Tak kelat atau bergetah ke?



Soalan saya terjawab apabila saya lihat mereka mengambil kulit bahagian dalam cempedak tersebut dipotong dan diasingkan untuk dibuat jeruk. Masa itu, saya lihat ada antara mereka yang makan kulit cempedak yang dipotong begitu sahaja dan ada juga digoreng.



Senang sahaja nak buat jeruk cempedak ini dan rasanya lebih kurang sama dengan jeruk lain yang pernah kita makan. Bahan yang diperlukan sama saja macam jeruk lain iaitu gula, cuka dan air. Rendamkan kulit cempedak yang sudah dihiris ke dalam bekas. Lagi lama lagi sedap! Nak tau bentuknya? Apa lagi, saksikanlah Makan Angin Jumaat ini pada 21 Oktober, jam 8.30 malam nanti.



Lepas penat 'melihat' orang membuat jeruk cempedak, kami terus ke Bukit Melawati untuk melihat keindahan semula jadi dan juga melawat tempat-tempat bersejarah. Di sini ada disediakan train, jadi tak perlulah penat untuk mendaki bukit.



Antara tempat yang kami lawati adalah Perigi Beracun, Batu Kampar, Rumah Api serta Meriam Lama. Yang paling tidak tahan apabila dikelilingi oleh monyet dan kera yang jinak. Ngeri pulak rasanya macam dalam cerita Tarzan pulak! Hehehehe. Dapatlah jugak saya bagi mereka makan sayur kacang panjang dan pisang yang dijual di sekitar kawasan tersebut.



Sebab terlalu seronok jumpa 'rakan-rakan', kaki saya terseliuh apabila terlanggar tunggul kayu dan mulalah jalan terhencot-hencot. Malam itu juga kami pergi ke rumah seorang nenek yang kami panggil Wan. Nasib baik Wan urut saya dan lega sikit kaki walaupun bengkak. Walaupun sakit, saya masih meneruskan rakaman dan berikan yang terbaik untuk peminat setia Makan Angin punya pasal.

Malam tu, kami tidur di Firefly Resort yang menjadi penaja penginapan. Sebelum tidur, dalam keadaan yang masih sakit, saya turut join kawan-kawan pergi tengok firefly... Bukan kapal terbang Firefly tapi kelip-kelip atau kunang-kunang.

Tepat jam 8.30 malam kami semua naik bot berbumbung yang disediakan untuk melihat haiwan kecil yang menyinari suasana malam. Di sini botnya menggunakan bateri khas yang tidak menghasilkan sebarang bunyi bising dari bot... Memang best! Suasana di situ sangat tenang dan teringat ketika kami berada di Beaufort, Sabah dahulu. Jadi, kalau nak tengok kelip-kelip tak perlulah pergi jauh.



Selesai dengan kelip-kelip, keesokkan harinya saya dan crew Makan Angin meneruskan misi memburu landak untuk dibuat rendang! Seperti biasalah, misi memburu landak saya tidak berjaya dan akhirnya saya buat plan B iaitu pergi ke restoran yang sememangnya menjual landak. Bijak tak? Hehehehe.

Restoran yang diberi nama Selera Rimba ni memang senitasa menyediakan hidangan rendang daging landak.



Resipi ini merupakan resipi pemilik restoran sendiri dan dimasak oleh beliau juga. Masak rendang landak ini boleh dikatakan sama saja seperti masak rendang ayam dan daging lembu, cuma digantikan dengan daging landak.

Daging landak ni tak lah susah nak dipotong. Saya diberitahu selepas diburu, pemburu akan buang kulitnya dan bersihkan. Kemudian baru lah dihantar ke restoran dan di restoran barulah dipotong-potong mengikut saiz yang ideal.



Sedap betul bau rendang yang saya masak... Lepas siap sepenuhnya, apa lagi, saya pun melantaklah. Rasa landak ni sama seperti rendang yang lain dan memang 'ermm...dapp' sebab dagingnya memang lembut.



Bila dah kenyang, kami ke Pasir Penambang untuk melihat haiwan kegemaran saya iaitu helang. Di jeti, kami bertemu dengan seorang abang yang membawa saya dan krew penerbitan ke lokasi yang menemukan kami dengan helang.



Di sana saya diberi peluang untuk cuba membawa bot dan juga memberi makan (kulit ayam)... Huisshhh. Memang banyak helang disana! Tak payah susah-susah nak ke Pulau Langkawi. Kat Kuala Selangor ni pun ada!

Sekian untuk blog kali ni... Tunggu blog seterusnya dari saya ya. Tungggguuuuu.


@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...