Friday, November 4, 2011

Blog Makan Angin: Dari Medan Ke Riau

Episod kali ini membawa saya dan team production terbang ke negeri jiran yang tidak asing bahasanya dengan bahasa kita iaitu Kota Pekan Baru, Riau.

Perjalanan ke Kota Pekan Baru mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan ia merupakan ibu kota dan kota terbesar di provinsi Riau.  Pekan bermaksud pasar dan Pekan Baru bermaksud pasar baru.



Sama seperti Negeri Sembilan, Pekan Baru juga mempunyai pengaruh adat istiadat Minangkabau yang boleh dikatakan agak kuat. Majoriti penduduk di Pekan Baru kebanyakannya adalah kaum Melayu dan Minang.

Di Pekan Baru, team kami disambut mesra oleh pejabat konsulat Malaysia di sana dan juga Pak Agus yang akan mengetuai setiap perjalanan kami.



Bagi episod kali ini, menu masakan yang saya pelajari ialah Gulai Siput Talas dan Ikan Salais. Selain itu, saya juga cuba air markisa dan terung belanda. Haa... Sounds exciting kan? Kalau nak tau macam mana rupa makanan yang saya sebut kan tadi kenalah tengok Jumaat ni nanti!



Sebelum mencuba masak Gulai Siput Talas, saya dan team production pergi bersia-siar dekat Taman Rekreasi Alam Mayang. Disini ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan diluangkan bersama orang yang tersayang. Lebih kurang fun fair lah..

Saya juga tak lepaskan peluang untuk mencuba Bola Air dan masuk Rumah Hantu. Saya kalau boleh nak main Euro Bungee tapi sayangnya, dah terlebih besar dan melangkaui usia yang ditetapkan...



Gulai Siput Talas yang saya akan cuba belajar dan masak dari Pak Agus ini takde lah rumit sangat cara membuatnya. Tapi sebelum masak tu kena lah tangkap siput tersebut kat dalam sungai tapi bukan saya yang cari ya...

Bala tentera saya yang cilik-cilik di Kg. Buluh Cina yang akan carikan.. hahaha. Gulai ini actually sama je macam masak lemak cili api tapi di Pekan Baru ni orang-orang disini panggil gulai. Antara bahan utama bagi gulai ini ialah siput kepiting dan juga batang talas atau di Malaysia kita panggil batang keladi.

Mula-mula kita kenalah rebus siput tersebut supaya cengkerang nya terbuka dan kita ambik isi nya. Kemudian barulah kita tumis segala ramuan-ramuannya yang telah digilis ke dalam kuali. Kali ini masakan yang dibuat tidak menggunakan minyak.



Setelah siap dimasak seperti biasa... MAKAN TIME! Menu kali ini tidak bersendirian sebab saya di sertakan dengan Sambal Janda Mengamuk dan juga Teh Botol Sosro. Lepas dah kenyang, saya pon mengambil peluang untuk bermesra dgn adik-adik di Kg. Buluh Cina tu dan join tengok dia org menari dan bermain.



Sebelum kita buat Ikan Salais, saya pergi mencuba nasib di Sungai Kampar Kanan untuk memncing ikan! Manalah tau kalau nasib baik, but apakan daya sungguh malang nasib ku... Tiada ikan yang saya dapat... Sediyhhh...

So bagi menu masakan yang kedua ni, Ikan Salais ialah ikan yang akan diasap setelah disiang dan dibasuh sehingga bersih. Ikan salais ini menggunakan ikan keli atau lele sebagai bahan utamanya.
Hidangan ni memang tak susah tapi yang buat rumitnya tu ialah ikan keli ni memang tak boleh ngam dengan saya since dari Negeri Sembilan lagi sebab nyawa nya kan panjang, jadi bila saya nak siang je dia bergerak-gerak.



Setelah siap di siang ikan keli tu mengikut bentuk dan struktur yang dimahukan, kena lah cuci bersih-bersih sampai takde darah. Kemudian baru lah kita asapkan dia atas papan yang ada jaringya, lebih kurang 5 jam. Kemudian dibiarkan selama sehari.



Tapi menurut orang-orang disini, lagi lama Ikan Salais disimpan lagi enak rasanya.. Cewah! Cakap Indon pulak...

Bagi penutup episod kali ini, saya singgah dulu dekat gerai minum buah-buahan... Saya cuba air markisa dan terung belanda! Ermmm... Memang enak! Hahaha. Tak sia-sia saya mencubanya...



Selain itu, team Makan Angin juga ada buat video clip ‘Laskar Pelangi’ version Makan Angin kalau nak tengok search dekat Facebook Makan Angin or YouTube! Sekian sahaja bagi blog kali ini... Jumpa lagi di blog seterusnya!

@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...