Monday, November 7, 2011

Anita Sarawak Sudah Tinggalkan Malaysia?

Anita Sarawak Sudah Tinggalkan Malaysia?


Mungkin ada sesetengah pihak yang panas sebaik saja membaca tajuk tulisan Murai Batu kali ini. Lebih-lebih lagi bila bercakap soal diva kesayangan ramai, Anita Sarawak atau senang dengan panggilan Kak Nita.
Ya, memang itulah yang Murai Batu dengar dari sumber paling rapat dengan hos rancangan dekorasi kediaman mewah, Astana berkenaan.
Tak payahlah Murai Batu nyatakan siapakah gerangan sumber berkenaan. Tapi apa yang pasti, ketiadaan Kak Nita sejak Ramadhan lalu telah menimbulkan tanda tanya termasuklah Murai Batu sendiri yang dihujani dengan pertanyaan daripada ramai pihak.
Kalau siapa yang pernah terbaca tulisan Murai Batu pada tanggal 22 September lalu, pasti nak tahu sekiranya Kak Nita sudahpun pulang ke tanah air. Tapi, sayang seribu kali sayang. Semua itu tidak akan berlaku kerana Kak Nita masih belum pulang.
Murai Batu difahamkan, Kak Nita kita sudah pun memilih untuk terus menetap di Amerika Syarikat (AS). Di mana lokasinya? Itu Murai Batu kurang pasti. Sama ada di Las Vegas ataupun Los Angeles, itupun Murai Batu tak dapat pastikan.
Tapi menurut sumber terdekat berkenaan, khabarnya Kak Nita sudah mengambil keputusan untuk terus menetap di AS bersama suami tersayang, Mahathir dan tidak akan pulang ke tanah air dalam jangka masa yang agak lama.
Ini bermaksud, Kak Nita tidak akan terbabit dengan sebarang projek atau mana-mana program berbentuk hiburan di Malaysia, apatah lagi kontraknya bersama Astro sebagai Wajah Eksklusif Astro sudahpun tamat dalam tahun ini juga.
Sedih juga Murai Batu bila mendengar perkhabaran ini. Mana tidaknya, sudah teerlalu lama Kak Nita menghiburkan peminatnya di sini, tiba-tiba dia menghilang begitu saja tanpa sebarang ucapan selamat tinggal.
Tapi mungkin, Kak Nita ada perancangan 'baik punya' buat peminatnya di sini, sebab itulah dia pergi secara mengejut dan diam seribu bahasa.

@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...