Thursday, November 24, 2011

AC Mizal tawar nafkah berganda

AC Mizal tawar nafkah berganda
KAJANG - AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, memberi tawaran kepada bekas isterinya, Shafnie Zainuddin untuk menambah jumlah nafkah bulanan bagi kedua-dua anaknya daripada RM500 sebulan menjadi RM1,000 sebulan.

AC Mizal berkata, jumlah itu adalah kadar minimum yang akan diberikan untuk perbelanjaan bulanan anak mereka, tidak termasuk perbelanjaan majlis tertentu dan sambutan hari raya.

Artis itu berkata demikian, ketika perbicaraan kes tuntutan nafkah oleh Shafnie, 35, selaku plaintif di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.

Sementara itu, Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menasihatkan AC Mizal (defendan) dan bekas isterinya untuk menyelesaikan tuntutan pengubahan nafkah dua anak mereka di luar mahkamah.
Abdul Halim berkata, kes berlanjutan sejak 2008, seharusnya diselesaikan sekiranya kedua pihak bersikap terbuka.

“Semangat roh Islam perlu diterapkan oleh AC Mizal dan Shafnie dalam bekerjasama bagi membesarkan dua anak yang kini meniti usia remaja.

“Hasrat saya adalah supaya anak-anak kamu boleh menikmati nafkah itu secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, bekas ibu mertua AC Mizal, Rafiah Ab Talib, 62, berkata, jumlah nafkah bulanan yang diberikan AC Mizal kepada dua anaknya sebanyak RM150 seorang adalah tidak mencukupi bagi menampung pelbagai perbelanjaan setiap bulan.

“Anak-anak Shafnie tertekan sehingga tidak lalu makan. Mereka telah dibawa berjumpa doktor dan dinasihatkan supaya dibawa bercuti bagi mengurangkan tekanan mereka alami,” katanya ketika disoal balas Peguam Syarie, Azmi Raif berhubung keperluan tuntutan nafkah termasuk permohonan perbelanjaan hiburan dan percutian yang difailkan Shafnie pada 2008.

Perbicaraan bersambung 13 Februari tahun depan.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...