Tuesday, October 18, 2011

TSLON Ditonton 27,000 Penonton Di IB


TSLON Ditonton 27,000 Penonton Di IB
KUALA LUMPUR – Enfiniti Vision Media sekali lagi mencatat kejayaan besar apabila teater muzikal The Secret Life of Nora (TSLON) terbitan syarikat produksi itu sekali lagi memecahkan rekod pementasan di Istana Budaya (IB) apabila mencatat 27,000 penonton selepas pementasannya berakhir Ahad lalu.
Menurut penerbit Enfiniti Vision Media, Datin Seri Tiara Jacquelina TSLON mengatasi bilangan penonton pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) yang mencatat kurang 27,000 penonton yang juga terbitan syarikat produksi itu sewaktu ia dipentaskan pada tahun 2005.
Tiara berkata, ekoran sambutan hebat para penonton yang di luar jangkaannya itu, dia yang turut melakonkan watak utama sebagai Nora dalam TSLON akan menyambung pementasan teater muzikal arahan Steven Dexter itu selama tiga hari mulai 20 Oktober hingga 22 Oktober ini.
“Saya tidak percaya sambutan TSLON sangat menggalakkan kerana hampir setiap malam sejak pementasan TSLON diadakan sejak 16 Oktober lalu hingga kelmarin Panggung Sari di IB penuh dengan para peminat teater. Malah, ada penonton yang telah menonton teater muzikal ini lebih daripada tiga kali,” ujarnya.
Pada pementasan tambahan itu kelak, Tiara yang melakonkan watak Nora akan melakukan beberapa perubahan termasuklah melantik penolong pengarah TSLON, Chedd Yusoff menggantikan Steven Dexter bagi memberi kelainan pada pementasan tersebut.
Jelasnya, semua itu dilakukan bagi memastikan para penonton kali ini akan dapat melihat kelainan pada pementasan teater muzikal yang mengenakan tiket berharga daripada RM30 hingga RM350 dan turut dilakonkan oleh Ryan Silverman dan Tony Eusoff itu kelak.
“Kebetulan selepas tamat pementasan ini Steven Dexter telah pulang ke UK (United Kingdom) dan tugas itu saya rasa paling layak digalas oleh Chedd kerana dia terbabit dalam pementasan ini sejak dari mula ia dipentaskan lagi. Namun, kami akan mengekalkan barisan pelakon yang sama,” katanya.
Selain Tiara, pelakon lain yang berlakon dalam TSLON antaranya ialah Aznil Haji Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusoff yang sebelum ini sering muncul dalam pementasan anjuran syarikat milik Tiara itu.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...