
NEW YORK – Lebih empat juta unit iPhone 4S dijual dalam masa tiga hari dan jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding model terdahulu apabila ia dilancarkan tahun lalu.
Apple Inc berkata, syarikat itu dan rakan niaga mereka mula menjual iPhone 4S pada Jumaat lalu di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Syarikat berkenaan akan mula menjual model telefon pintar itu ke 22 negara lagi pada akhir bulan ini.
Ketika Apple melancarkan iPhone 4 tahun lalu, sebanyak 1.7 juta unit dijual dalam tempoh tiga hari. – AP
No comments:
Post a Comment