KUALA LUMPUR - Taktik baharu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang cuba menyeludup barang itu ke negara ini melalui komputer riba gagal ekoran penahanan empat lelaki Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Sabtu lalu.
Kesemua dadah jenis syabu seberat tiga kilogram (kg) itu dibungkus ke dalam peket-peket kecil sebelum ia disorokkan di dalam empat buah komputer riba.
Dadah tersebut disembunyikan di bahagian skrin dan tempat letak bateri setiap komputer riba yang dibawa suspek.
Penahanan empat lelaki Iran itu merupakan sebahagian daripada tujuh tangkapan melibatkan 12 warga asing termasuk seorang wanita dalam tempoh seminggu bermula pada 26 September lalu di KLIA dan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki Iran, lima lelaki Nigeria dan masing-masing seorang lelaki Pakistan, Benin serta wanita Filipina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam tujuh serbuan itu, polis turut merampas sebanyak 10.18 kg syabu dan 4.58 kg heroin yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM2.17 juta.
"Antara modus operandi yang digunakan termasuk menyembunyikan dadah di dalam beg trompet, beg galas, botol-botol krim kecantikan, pembesar suara dan beg pakaian," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
asampedaz: pandai2 tupai melompat....
No comments:
Post a Comment