Wednesday, October 5, 2011

Hari kemenangan golongan artis



PENYANYI, Jamal Abdillah bertanyakan soalan mengenai isu royalti pada Hari Himpunan Bintang 2011 anjuran MyIPO-Kosmo! di Kuala Lumpur pada Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 yang diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin disifatkan sebagai detik kemenangan yang paling bermakna kepada penggiat seni tanah air.
Ia juga dilihat berjaya membela artis, komposer, pembuat filem, pelukis dan mereka yang terlibat dalam bidang seni yang selama ini ditindas terutama dalam aspek pembayaran royalti dan masalah cetak rompak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pindaan yang dijangka berkuat kuasa pada April tahun depan itu akan turut melibatkan penambahbaikan kepada kaedah kutipan dan bayaran royalti.
"Semalam (kelmarin) saya telah membentangkan pindaan Akta Hak Cipta dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Objektif pindaan ini adalah untuk memperketatkan dan memperjelaskan tentang perlindungan hak karya dan pengkarya seperti artis, komposer, penulis buku dan lain-lain terutamanya dari segi pengagihan royalti.
"Jadi selepas ini, kementerian ada kuasa untuk bertindak," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Ismail Sabri, antara peruntukan yang dipinda ialah setiap syarikat yang hendak mewakili artis bagi mengutip apa juga royalti mestilah berdaftar dengan kementerian.
Tegasnya, jika ingkar pihak yang terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.
Menurut Ismail Sabri, badan pengutip royalti juga wajib mendapat kebenaran daripada artis yang diwakili selain menghantar laporan tahunan kepada kementerian.
Beliau menambah, pihaknya juga telah meminda peruntukan membabitkan aktiviti muat turun lagu dan filem secara digital yang mana kementeriannya akan memantau format itu dalam waktu terdekat ini.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...