Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal Dunia


Steve Jobs
NEW YORK: Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser.
Beliau berusia 56 tahun.
“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.
Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.
Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. -AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...