Wednesday, October 19, 2011

Nasib menyebelahi Stander



SEBAHAGIAN daripada peserta LIMBC ketika mengharungi cabaran peringkat pertama semalam.


PELUMBA Afrika Selatan, Burry Stander mengambil kesempatan di atas kesilapan yang dilakukan pencabar utama untuk menjuarai peringkat pertama pada Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 semalam.
Stander, 24, yang membuat penampilan sulung pada perlumbaan ini bertindak pantas untuk memintas Karl Platt pada selekoh terakhir selepas pelumba dari Jerman itu melakukan kesilapan.
Prospek pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London 2012 itu mengambil masa dua jam 24 minit 20.5 saat untuk menamatkan saingan sejauh 60.6 kilometer dalam kate- gori lelaki elit acara merentas desa maraton tersebut.
Platt yang ketinggalan beberapa saat di belakang Stander terpaksa berpuas hati di tempat kedua (2'24:20.8s), manakala Thomas Dietsch dari Perancis di tempat ketiga dengan 2'26:12.2s.
Juara bertahan, Lachlan Norris dari Australia sekadar di tempat keenam (2:29:37.9s) dan juara kebangsaan, Shahrin Amir yang menduduki tempat kedua tahun lalu di posisi ke-38 dengan 2'59:32.8s.
"Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini," kata pelumba yang menduduki ranking keenam dalam kategori merentas desa elit lelaki pada senarai Kesatuan Lumba Basikal Antara- bangsa (UCI).
"Perlumbaan sangat sukar pada 15 kilo- meter (km) pertama. Ketika itu, ramai pelumba bersaing sesama sendiri dan saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas.
"Selepas 30km berkayuh, Platt memecut ke depan dan saya serta Dietsch berjaya meninggalkan kelompok besar pelumba untuk memimpin saingan sehingga ke garisan penamat.
"Begitupun saya bernasib baik kerana berjaya memintas Platt pada sele- koh terakhir selepas pedal basikal terlepas daripada kakinya, sekali gus memberikan kemenangan mudah buat saya."
Stander yang menduduki tangga ke-15 pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing berkata, keadaan cuaca yang panas pasti memberikan kesukaran kepadanya untuk mene- ruskan perlumbaan pada peringkat seterus- nya.
Katanya, proses pemulihan sangat penting, terutamanya dalam usaha menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca panas di Langkawi.
Bagaimanapun, Stander yakin dia mampu menghadapi semua halangan ini dan kayuhannya akan menjadi lebih baik selepas ini.
Sementara itu, bagi kategori elit wanita, tempat pertama dimenangi pelumba Switzerland, Nathalie Scheitter yang mencatat masa 2'56:40.2s.
Rakan senegara dan sepasukan Scheit- ter, Vivienne Meyer di tangga kedua (2'56:46.2s), manakala Jodie Willet dari Australia di tempat ketiga dengan 2'56:46.2s.
"Saya berasa sungguh gembira apabila memenangi perlumbaan ini. Saya sukakan laluan ini kerana ia sangat menarik. Saya memiliki banyak peluang untuk meninggalkan pencabar yang lain.
"Saya harap, saya akan dapat mengekal- kan rentak seperti ini kerana masih ada empat peringkat untuk diharungi," kata Scheitter.
Dalam pada itu, pencapaian terbaik pelumba Malaysia hadir menerusi Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang menduduki tempat ke-25 bagi kategori lelaki elit, manakala Maziyaton Mohd. Radzi mengetuai cabaran wanita elit selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.
Hari ini, peringkat kedua LIMBC 2011 akan diteruskan dalam acara merentas desa Olimpik yang meliputi laluan sejauh 4.74km di Kampung Tok Senik Resort.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...