Tuesday, October 4, 2011

Liwat II: Saiful Tidak Pernah Sanjung Anwar- Saksi


Kes Anwar: Saiful Tidak Pernah Sanjung Anwar
KUALA LUMPUR – Bekas rakan seuniversiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa lelaki itu tidak pernah menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Saksi pembelaan keenam, Mohd Najwan Ali, 26, yang mengikuti pengajiannya diUniten bersama Mohd Saiful dari tahun 2003 hingga 2008 berkata sepanjang pergaulan mereka, rakannya itu tidak pernah ‘idolist’ Anwar.
Malah Mohd Saiful, yang merupakan pengadu dalam kes liwat membabitkan Anwar, dalam laman sosialnya (friendster) telah memuat turun gambar Anwar dengan
meletakkan kapsyen ‘Anwar pemimpin munafik’.
Sebelum ini, Mohd Saiful, 26, yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat itu, dalam keterangannya berkata Anwar merupakan pemimpin idolanya
yang diminatinya sejak kecil lagi.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara
di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguam S.N.Nair yang mewakili Anwar, saksi itu juga terkejut apabila Mohd Saiful memberitahunya ketika bertemu pada satu
ceramah politik pada penghujung Feb 2008, bahawa beliau bekerja dengan Anwar.
Beliau juga berkata Mohd Saiful dalam laman sosialnya ada bergambar dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha
Mohamed, Datuk Azalina Said dan juga Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya merasakan Mohd Saiful tidak layak menjadi pembantu Anwar, kerana kandungan laman sosialnya masih menyokong dan bersimpati dengan perjuangan
politik BN, di mana beliau masih mengekalkan gambar-gambar yang diambil dengan pemimpin-pemimpin tertinggi BN,” jelas Mohd Najwan.
Mohd Najwan juga berkata beliau ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk menarik perhatian pemimpin itu bahawa rakannya tidak layak menjadi pembantunya
kerana dia lebih menyokong pemimpin BN.
Beliau yang kini bertugas sebagai pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata Mohd Saiful walaupun tegas ketika menjadi Timbalan
Presiden Perwakilan semasa menunutut di Uniten,  tetapi lebih menonjolkan sikap’gila publisiti dan perhatian.’
Ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mewakili pendakwaan, Mohd Najwan bersetuju bahawa adalah tidak
pelik untuk seseorang meletakkan gambar pemimpin ataupun logo parti yang disokong oleh mereka.
Mohamed Yusof: Adakah menghairankan jika Mohd Saiful sebagai pemimpin pelajar mengambil gambar bersama pemimpin? Pelik ke?
Mohd Najwan: Tidak ada masalah dan tidak menghairankan.
Mohamed Yusof: Kamu kata semasa perbualan bersama Mohd Saiful, dia tidak memandang tinggi kepada Anwar?
Mohd Najwan: Beliau kata memang tidak percaya Anwar.
Mohamed Yusof: Kapsyen yang merujuk Anwar sebagai ‘pemimpin munafik’, adakah Mohd Saiful yang meletakkannya?
Mohd Najwan: Saya percaya Mohd Saiful yang buat.
Mohamed Yusof: Apa awak rasa bila di akhir Feb 2008 Mohd Saiful bekerja dengan Anwar?
Mohd Najwan: Saya percaya dia tidak layak dan tidak ‘fit’ kerja dengan Anwar.  – BERNAMA
kes sensasi banyak disentuh di sini

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...