Tuesday, October 4, 2011

Konstabel Polis Dipenjara 7 Tahun Tembak Isteri


Konstabel Polis Dipenjara 7 Tahun Tembak Isteri
KUALA LUMPUR – Seorang konstabel polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan menembak isterinya tahun lepas.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat menjatuhkan hukuman itu bermula hari ini terhadap T Ravindran, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan agar pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Ravindran didakwa menembak G Prema, 25, menggunakan sepucuk revolver.38 Smith & Wesson yang boleh mengakibatkan kematian mangsa di Blok D-10-09, Program Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam, Brickfields, 9.40 malam pada 2 Mac tahun lepas.
Ravindran diwakili peguam bela S M Narainasami Alagu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Narainasami memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya kerana beliau sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama sembilan tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim memohon hukuman setimpal dikenakan kepada Ravindran sebagai pengajaran dan supaya beliau menyesal dengan perbuatan itu.
Sementara itu, di mahkamah yang sama tiga lelaki iaitu seorang penghantar surat, seorang peniaga roti dan seorang juru elektrik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas pertuduhan merompak seorang pembantu spa menggunakan sebilah parang dan sebilah pedang samurai empat tahun lepas.
Mohamad Sekeri menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dari tarikh dia tangkap iaitu 16 Mac, 2010, ke atas Mohd Affandy Ahmad, 23, dan penjara tiga tahun bermula hari ini ke atas Khairul Anuar Mohamad Khairan, 24, dan Mohamed Fairuz, 24.
Mohd Affandy, Khairul Anuar dan Mohamed Fairuz didakwa secara bersama merompak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa milik seorang perempuan Semorata anak Endan, 41, (ulang: Semorata anak Endan) di luar bangunan Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, di sini kira-kira 12.30 pagi 20 Julai, 2007.
Mohd Affandy diwakili peguam bela Kamalulfaizin Muhamad Ederes, Khairul Anuar diwakili Sudesh Singh dan Mohamed Fairuz diwakili Tharamjit Singh. – BERNAMA

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...