KUALA LUMPUR – Kes perbicaraan Liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menggemparkan ramai pihak apabila barisan Peguambelanya memohon agar prosiding mahkamah diadakan secara tertutup sebentar tadi.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membenarkan permohonan tersebut dilaporkan telah mengarahkan semua wartawan dan pemerhati yang hadir untuk keluar dari bilik mahkamah, termasuk isteri tertuduh, Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Mereka diarahkan keluar dari bilik perbicaraan sekitar jam 3.10 petang.
Barisan Peguambela Anwar pernah memohon untuk mengadakan perbicaraan kes tersebut secara tertutup ketika sesi pendakwaan berjalan tahun lalu, namun ia ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin.
Tindakan barisan pembelaan Anwar tersebut dijangka menimbulkan pelbagai spekulasi di luar mahkamah ekoran jarang-jarang sekali prosiding secara tertutup dilakukan bagi kes-kes berprofil tinggi sebelum ini.
Barisan Pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebelum ini berjaya membuktikan kewujudan kes ‘prima facie’ yang menuntut Anwar membela diri bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 64, dipanggil membela diri pada 16 Mei lalu selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008
No comments:
Post a Comment