Friday, October 7, 2011

Ibrahim Ali Tertidur Akibat Ambil Ubat Selsema


Ibrahim Ali Tertidur Akibat Ambil Ubat Selsema
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ‘gelihati’ atas tindakan musuh-musuh politiknya yang menyiarkan gambarnya yang tertidur semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat, semalam.
Ibrahim yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) juga melahirkan rasa lucunya yang berjaya menarik perhatian beberapa pihak yang dikatakan tidak punya modal untuk menyerangnya lagi.
“Saya gelihati kerana saya mendapat perhatian begitu hebat daripada musuh-musuh politik saya yang tiada modal untuk serang saya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (sms) yang diterima Mynewshub.my di sini hari ini.
Beliau mengakui ada tertidur sekejap ketika menghadiri sesi Dewan Rakyat tersebut, namun menjelaskan bahawa dia terpaksa mengambil ubat batuk dan selsema akibat kurang sihat.
“Memang saya tertidur sekejap kerana saya selsema dan batuk..oleh itu saya mengambil  ubat yang ada kesan mengantuk, doktor pun ada beritahu pada saya,” tambahnya lagi.
Ibrahim yang terkenal dengan kelantangan menyuarakan pendapat di Parlimen itu turut memberitahu bahawa ada ramai lagi Ahli Parlimen yang tertidur ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat berlangsung, namun tidak pula diberi perhatian seperti yang dibuat terhadapnya.
“Apakah yang tuduh saya makan gaji buta kerana tertidur sedar atau tidak, saya antara Ahli Parlimen paling aktif, berbahas setiap hari dan hadir Parlimen setiap masa?,” persoalnya melalui sms lagi.
Menurutnya lagi, ada juga Ahli Parlimen yang tidak tidur, tapi tidak mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan.
Beliau mengucapkan ‘terima kasih’ atas cemuhan yang dilemparkan padanya kerana menyeadari bahawa selama ini beliau tidak henti-henti bekerja  dan berjuang dengan gigih sehingga keletihan sebegitu.
“Terima kasih kepada yang cemuh dan hina saya.. pikullah dosa dan jika ada orang kafir yang hina saya, itu tidak mengapa kerana ada pihak kafir yang memang marah pada saya kerana memperjuangkan hak Melayu dan Islam,” ujarnya.
Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu telah mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan dari sudut disiplin dewan tersebut.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...