Sunday, October 2, 2011

KAMI GAGAL PIMPIN NAMEWEE - ADIBAH NOOR




Jika Afdlin Shauki bersetuju untuk berkerjasama dengan Namewee kerana merasakan anak muda itu mahu berubah dan tidak mahu bakat Namewee disia-siakan begitu sahaja, namun kini segala-galanya seperti sedikit berubah. Rakan seperjuangan Afdlin, Adibah Noor sebaliknya melahirkan rasa kesal terhadap apa yang menimpa Namewee baru-baru ini.

"Saya kesal dua perkara," kata Adibah dipetik dari Gua mengenai kontroversi antara Namewee dengan seorang wartawan Utusan yang hangat di YouTube.

"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.

"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'

"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from.

"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda," ujar Adibah bertoleransi.

Adibah Noor dalam Nasi Lemak 2.0 - klik untuk imej besar...

@myartis.com


video namawee lancaukan Utusan di sini...
mamat khaled bengkak dgn si cina bokit nih, di sini...



asampedaz: budak nih aku panggil CINA BUKIT jer... Hoi sesekali turun lah dari bukit tuh ngok! campor2 orang sikit..hik!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...