Monday, October 3, 2011

Ifa Raziah Dah Tak Kuasa Nak Layan Azwan Ali Lagi




bagi aku karekter azwan ali adalah seorang insan manusia yg perlukan perhatian sepanjang masa...! tapi org mcm ini diperlukan dalam industri hiburan utk sensasikan keadaan dan kasi gempak sikit dunia hiburan! walaupon cerita2 yg disajikan murah tapi org suka..hik! bila terlebih org naik meluat...hik!


KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2011: "Saya tak rugi kalau tak berkawan dengan dia cuma saya terkilan kenapa benda yang kecik nak dibesar-besarkan. Saya sentiasa bersama dia memandangkan selama 2 tahun dia tak ada kawan rapat.

"Disebabkan isu yang kecil dia nak membuang saya terus sebagai kawan, itu terpulang kepada dirinya," kata pengacara dan pelakon, Ifa Raziah ketika dihubungi portal murai.com.my bagi mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama pengacara kontroversi Azwan Ali di laman sosial Twitter.

Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu.

Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti.

"Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting. Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap.

"Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya," katanya lagi.

Tidak mengharapkan agar persahabatan antara mereka terjalin semula, kata Ifa semoga Azwan Ali berubah supaya tidak berterusan kehilangan kawan.

Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga.

"Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan.

"Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa," katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa.


asampedaz: susah kalau jadik jantan gedik nih..geli aku! hik! 

entri lain...


Siapa 2 Artis Tersangkak Negara Digelar Azwan Ali?


Siapa 2 Artis Tersangkak Negara Digelar Azwan Ali?

KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2011: Sepanjang melayari bahtera sebagai selebriti popular tempatan, pengacara sensasi Azwan Ali menegaskan baru kini dia berhadapan dengan perang sesama rakan artis yang begitu kronik sehingga dia menyifatkan 2 artis yang berperang dengannya itu sebagai artis tersangkak negara.

Bagaimanapun, Azwan Ali yang dihubungi murai.com.my pagi tadi enggan memaklumkan siapakah artis yang di maksudkannya itu. Namun, Azwan yang kini sedang sibuk mempromosikan buku sulungnya berjudul Selamat Jalan Dunia...cuba berterus-terang dengan situasi yang sedang dihadapinya itu.

"Sekarang ini, kecoh di laman Twitter mengatakan Azwan Ali sedang berperang besar dengan 2 orang artis tersebut. Namun, siapakah artis tersebut tidak pula dimaklumkan saya sendiri. Persoalannya sekarang ini, kenapa artis tersebut boleh terasa? Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

"Saya pun sebenarnya menerima maklum balas ini semua daripada peminat. Saya difahamkan, 2 artis ini telah mengecam saya dengan membongkarkan segala rahsia saya di Twitter. Saya turut dikhabarkan, mereka semakin berang dan berani mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya.

"Oleh kerana itu, saya yang tidak pernah memblok orang dari mengikuti Twitter saya telah pun melakukan perkara sedemkian dengan menghalang dan membuangkan artis itu dari mengikuti twitter saya. Selama ini pun, apa yang tertulis di twitter saya adalah luah hati saya secara am.

"Namun, mereka telah melakukan perkara biadap dan menyifatkan AA sebagai orang yang berperangai buruk. Bukan saya seorang saja yang artis yang mempunyai nama AA. Jadi saya menyeru kepada semua artis yang memiliki pangkal nama AA agar menyaman artis ini.

"Saya bukan seorang saja AA. Ramai lagi artis popular tempatan termasuk Aaron Aziz, Amyza Adznan dan Aspalella Abdullah. Saya berharap kepada artis yang saya tujukan ini agar bermuhasabah diri. Mereka tidak takut ke dengan azab neraka. Saya mempunyai sejuta rahsia mereka.

"Saya akan mendedahkan rahsia mereka itu sekiranya mereka masih terus menyalak. Selama ini saya banyak menghadapi perkara kontroversi. Saya masih lagi boleh pasrah. Pun begitu, ini adalah kemuncak bagi segala-galanyanya yang mana saya menerimanya dari 2 artis yang tidak kenang budi.

"Saya sedikit pun tidak takut dengan apa jua ugutan dari mereka. Tuhan bersama dengan saya. Saya harap dia orang insaf. Sebelum ini pun, ada artis dah nak saman mereka. Adakah mereka mahu saya menyaman mereka?," ujarnya.

Dalam pada itu, apabila ditanya apa punca perkara ini boleh berlaku, Azwan Ali enggan mengulas lebih lanjut. Namun, dia menegaskan amuknya itu bersebab.

"Apa yang saya buat ini bersebab. Saya masih lagi waraskan. Kalau nak saya dedahkan, ia boleh membuatkan mereka hancur lebur. Terus-terang, buat masa ini pintu hati saya sudah tertutup untuk maafkan mereka buat selamanya. Saya masih belum dapat petunjuk untuk memaafkan kesilapan mereka. Saya hanya mahu agar saya boleh melupakan mereka," ujarnya.

@murai.com.my

asampedaz: sebab tuh ada betolnya pesan org2 tua..kalau baik dgn kawan2 nih jangan lah baek sangat..kawan makan kawan ramai..hik! so berbaik berpada2!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...