Kami baru sahaja menghubungi Fida untuk mendapatkan kenyataan grand finale tentang isu beliau, Mamat & tudung.
Khabar angin telah kedengaran sejak minggu lepas yang percintaan mereka sudah berada di’hujung jalan namun Fida & Mamat masih belum mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan isu tersebut.
Namun pagi ini, kenyataan dari pihak Fida yang kami temubual menerusi telefon mengesahkan yang mereka berdua kini sudah tidak mempunyai hubungan apa apa dan Fida mahu teruskan hidup tanpa Mamat.
Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut. “Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”
Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?
“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”
That’s all.
No comments:
Post a Comment