Friday, October 7, 2011

Bapa Wayne Rooney Ditahan Kes Judi Haram


Bapa Wayne Rooney Ditahan Kes Judi Haram
LONDON – Bapa dan bapa saudara kepada bintang Manchester United, Wayne Rooney ditahan bagi siasatan terhadap kes perjudian haram melibatkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Scotland.
Bapa Rooney, yang berusia 48 tahun dan pakciknya, Richie Rooney, 54 tahun ditahan di rumah mereka di Liverpool.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin bersama dua yang lain, sementara siasatan lanjut dijalankan.
Menurut polis, kedua-duanya merupakan antara sembilan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan namun polis enggan mendedahkan lagi identiti-identiti suspek yang lain.
Difahamkan salah seorang yang turut ditahan adalah pemain tengah Motherwell, Steve Jennings, yang turut bermain dalam perlawanan menentang Hearts du Fir Park pada 14 Disember lalu.
Dia dikenakan kad merah selepas lapan minit permainan kerana membantah keputusan penalti diberikan pengadil.
Motherwell tewas 2-1 dalam perlawanan berkenaan.
Jennings, 26 tahun menyertai Motherwell pada 2009 dari Tranmere.
Sementara itu, itu, jurulatih England, Fabio Capello berkata, Rooney berada di Montenegro pada Khamis bagi persediaan untuk kelayakan piala Eropah yang akan berlangsung hari ini.
“Saya baru bercakap dengan Rooney dan dia tenang sahaja, malah tidak berdepan tekanan untuk perlawanan menentang Montenegro,” katanya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...