Thursday, October 27, 2011

Didie Alias: Please Stop All This Nonsense!

Didie Alias: Please Stop All This Nonsense!

KUALA LUMPUR, 25 OKT 2011: Selepas kontroversinya bersama pengacara Azwan Ali, pelakon komedi dan hos Didie Alias dikaitkan pula dakwaan fitnah yang dilemparkannya terhadap pelakon kecukan Jerman-Melayu, Julia Ziegler.

Namun, peserta Maharaja Lawak Mega itu tidak mahu terlalu mengambil pusing tentang tunduhan yang disifatkannya telah menganggu perjalanan kerjayanya untuk menuju ke puncak , sebaliknya memilih untuk berdiam diri sahaja.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Didie Alias berkata tidak wajar untuknya mengeruhkan lagi keadaan atau memanaskan lagi api yang sedang membara kerana tidak mahu kontroversi berkenaan menjadi bahan sensasi.

"Please stop all this nonsense. Perkara ini jangan dipanjangkan. Lebih baik rasanya, saya fikirkan tentang kerjaya saya.

"Jangan dibalas balik, sama ada di TV, di dada akhbar atau apa juga jenis media. Nak buat apa? Lagipun dia (Julia Ziegler) bukanlah lawan saya," katanya yang sedang menjalani penggambaran di Melaka.

Kontroversi timbul apabila baru-baru ini Julia Ziegler dikatakan telah menyerang Didie Alias dan rakannya, Sakinah kerana dikatakan bercerita buruk di belakang mengenai hal peribadinya.

Perihal tersebut menyebabkan Julia Ziegler itu dijadikan bahan perbualan dikalangan orang industri dan timbul pula bermacam-macam versi mengenai kisahnya yang turut diperkatakan di alam maya.

Didie Alias berkata, ekoran daripada kontroversi berkenaan dia langsung tidak mengalami apa juga masalah sekiranya perlu berurusan dengan Julia Ziegler selepas ini, malah kerjayanya tetap berjalan seperti biasa.
"Bagi saya senang saja. Orang di dalam 'production' kenal siapa dia dan oleh kerana itu, tak perlulah saya menceritakan hal lebih lanjut demi menjaga maruah saya dan dia.

"Apa yang saya hairan, mengapa hal dua tahun lepas baru saja hendak dibangkitkan sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi. Saya juga hairan, mengapa bila rezeki mencurah-curah datang kepada saya, semakin banyak pula kontoversi yang timbul?

"Itu yang saya maksudkan, saya tidak mahu fikirkan dan memanjangkan perkara ini. Sebab dulu ketika saya susah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, tak ada pula cerita sebegini timbul dan hanya sekarang saja ianya mula menjadi," katanya.

Sementara Julia Ziegler ketika dihubungi berkata, langkahnya memberi tahu beberapa pihak media tentang kontroversi dakwaan berkenaan adalah tidak lain untuk mempertahankan dirinya yang sudah tidak sanggup dilanda fitnah.

Jelasnya, pucuk segala kontroversi berkenaan sangat kecil. Malah dia sendiri sudah melupakan perkara remeh berkenaan, bagaimanapun tidak menyangka perkara itu telah menjadi buah mulut orang ramai sehingga menjatuhkan air mukanya.

"Benda ini sangat kecil. Saya cuma mahu mempertahankan diri saya saja kerana sebagai seorang selebriti apa juga yang kita lakukan akan menjadi perhatian. Walaupun kita tak buat, orang akan tetap mahu ambil tahu dan mengata.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kontroversi ini sedikitpun tidak menganggu kerjaya saya sebagai pelakon. Alhamdulillah mereka tahu cara saya bekerja. Walaupun baru lima tahun dalam industri, tapi saya tahu batas dan juga professionalism," katanya.

Namun ketika ditanya sama dia mahu menyelesaikan perkara ini secara baik, Julia Ziegler nampaknya berfikiran terbuka dan menyerahkan sepenuhnya keikhlasan itu daripada pihak terbabit agar kontroversi itu dapat diselesaikan dengan cara yang wajar.

"Mungkin suatu hari nanti, bukannya sekarang. Kalau mereka mahu berjumpa dengan saya, sudah tentu saya tak ada masalah untuk bertemu mereka," katanya.

Begini pula jawapan Didie Alias apabila diuataran soalan serupa.

"Kalau dia mahu bersemuka, saya tak ada masalah. Jangan jadi macam kes saya dengan Azwan Ali yang kata mahu bersemuka tapi sampai sekarang tak ada," katanya yakin.

@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...