Tuesday, October 18, 2011

Diberi RM500,000 Untuk Tarian Bogel


Pensyarah Diberi RM500,000 Untuk Tarian Bogel
MUNGKIN ini adalah antara kajian yang paling menyeronokkan.
Dua pensyarah diberikan lebih daripada £100,000 (RM493,538) untuk mengendalikan kajian selama setahun mengenai kesan kelab lap dancing (di mana wanita akan menari secara menggoda di atas pangkuan lelaki) kepada masyarakat.
Jumlah tersebut antara lain bagi menampung keperluan mereka menonton tarian demikian.
Profesor Phil Hubbard dari Universiti Kent dan Dr. Rachel Colosi dari Universiti Lincoln telah dianugerahkan £117,839 (RM580,961) oleh Majlis Penyelidikan Sosial dan Ekonomi untuk mengendalikan kajian mereka.
Kajian tersebut akan membantu pihak berkuasa tempatan membuat keputusan jika cadangan lokasi-lokasi kelab lap dancing adalah sesuai atau tidak.
Orang ramai akan ditanya mengenai persepsi mereka tentang kelab-kelab sedemikian dan sama ada mereka berasa kurang selamat dengan kewujudnya dalam masyarakat mereka.
Profesor Hubbard berkata: “Sehingga tahun lepas, amat senang untuk pub/kelab atau pemegang lesen untuk mengadakan lap dancing atau striptease (tarian bogel) di premis mereka,”.
Kerajaan telah mengubah semua peraturan tersebut supaya lap dancing kini dikategorikan sebagai hiburan seksual.
“Ini bermakna pihak berkuasa tempatan boleh mengharamkannya jika hiburan sedemikian tidak sesuai di kawasan yang berkenaan,” katanya.
Projek itu akan berakhir dalam satu bengkel (seminar) dengan pihak berkuasa pelesenan, peguam cara dan para ahli persatuan lap dancing membincangkan sama ada kelab sedemikian boleh diterima oleh masyarakat.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...