Tuesday, October 18, 2011

Anak Lim Guan Eng ramas buah dada? berpindah sekolah?


Pindah Sekolah Bukan Sebab Ramas Buah Dada, Sebab...
KUALA LUMPUR –  Percayakah anda, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa anaknya bertukar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee ke Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier semata-mata kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.
Dia tidak berpindah kerana meramas buah dada rakan sekelasnya tegas beliau.
“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.
Itulah alasan yang diberikan Guan Eng melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau yang berang dengan serangan yang dilakukan terhadap anak lelakinya itu dan menyifatkannya sebagai ‘keji dan tidak bertamadun’serta menyalahkan Naib Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hassan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dikatakan menabur berita tersebut.
Guan Eng berkata, sekiranya musuh politiknya mahu menamatkan karier politiknya pun, mereka boleh lakukan apa saja pada dirinya tetapi tidak sekali-kali ‘mengusik’ keluarganya.
Bagaimanapun, kenyataannya itu agak bertentangan dengan apa yang dilakukan DAP terhadap Khairy Jamaluddin ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi berjawatan Perdana Menteri dulu.
Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, boleh dikatakan hampir setiap bulan pihak pembangkang termasuk Guan Eng sendiri menyerang menantunya, Khairy Jamaluddin dan keluarga Ahli Parlimen Kepala Batas itu.
Khairy, sebelum itu telah ‘mengusik’ Guan Eng di Twitter dengan berkata;
“Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada,”
Beberapa blog politik termasuk blog Minda Intelek Melayu (MiM.blogspot.com) milik Dr. Novandri baru-baru ini menyiarkan laporan mengenai seorang pelajar perempuan diramas buah dadanya oleh seorang anak VVIP di Pulau Pinang dan dibayar RM200,000 bagi menutup mulutnya dari menghebahkan perkara berkenaan ke pengetahuan umum.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan semalam membidas sikap berdolak-dalik Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang enggan mengulas tentang perkara tersebut.
“Kita minta penjelasan lanjut tentang isu ini jika ada perkara-perkara yang tidak betul dilakukan, maka pihak-pihak tertentu harus membuat laporan polis agar perkara ini dibawa ke muka pengadilan, tidak kira anak siapa tidak kira bapanya siapa.
“Apa yang dinyatakan dalam blog-blog itu, ianya sudah dinyatakan tetapi kita nak dengar penjelasan dari pihak Lim Guan Eng sendirilah,” katanya.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...